Advertisements

10 Cara Hilangkan Jerawat Secara Tradisional

Advertisements

Siapa sahaja yang tidak mahu kulit muka licin dan mulus tanpa sebarang jerawat kan? Tumbuhnya jerawat dimuka amat memberi kesan kepada seseorang, terutamanya tentang keyakinan diri.

Jerawat selalunya terjadi disebabkan masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia, pori-pori kulit yang tersumbat oleh sel kulit mati atau kulit muka yang sering terkena udara kotor.

Selain itu ketika jerawat baru tumbuh di sekitar permukaan, sebaiknya anda tidak memicitnya kerana ini akan meningkatkan lagi risiko infeksi dan lebih lama untuk sembuh.

Disamping itu, hindari daripada pelbagai produk kecantikan yang boleh menambahkan lagi penghasilan minyak di kulit muka. Jadi bagaimana cara untuk hilangkan jerawat secara tradisional dengan cepat?

Di sini kami ingin kongsikan 10 cara untuk menghilangkan jerawat secara tradional dengan mengunakan bahan semula jadi.

Baca juga: Cara Mohon Dan Semak Kelayakan Skim Mesra Usia Emas

1. JUS DAUN PUDINA

  • Kisar daun pudina bersama sedikit air.
  • Tapiskan airnya dan sapu pada seluruh muka.
  • Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

2. BAWANG PUTIH

  • Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.
  • Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

3. MADU

  • Oleskan madu pada permukaan kulit wajah
  • Kemudian biarkan selama beberapa minit, setelah itu bilas dengan air bersih secukupnya.

4. TEH HIJAU

  • Bancuhkan serbuk teh dengan sedikit air.
  • Kemudian sapukan pes serbuk teh pada kulit selama beberapa minit dan bilas dengan air suam.

5. LIDAH BUAYA

  • Potong batang lidah buaya kepada beberapa keratan kecil.
  • Kemudian oleskan pada keseluruhan permukaan kulit muka.

6. JUS TIMUN

  • Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam.
  • Kemudian minum airnya.

7. SERBUK KAYU MANIS

  • Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat.
  • Sebaiknya guna bancuhan pes serbuk kayu manis ini sebelum tidur.

8. SERBUK KUNYIT

  • Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat selama beberapa minit.
  • Lakukan setiap hari sehingga hilang jerawat.

9. BUAH BETIK

23 Kebaikan Betik Kepada Kesihatan Yang Wajib Anda Tahu-Part 2 - IMPIANA
  • Kisarkan atau haluskan buah betik terlebih dahulu.
  • Kemudian sapukan pada keseluruhan permukaan kulit muka dan biarkan selama 30 minit.
  • Selepas itu bilas muka dengan menggunakan air hingga bersih.

10. MINYAK ESSENTIAL

  • Campurkan satu bahagian minyak essential dengan sembilan bahagian air.
  • Celup kapas ke dalam campuran dan sapukan langsung ke jerawat.
  • Sapukan pelembap, jika dikehendaki.
  • Ulangi proses ini satu hingga dua kali sehari, seperti yang diperlukan.

Baca juga: Cara Mohon Permit Hiking Gunung / Bukit / Air Terjun Hutan Simpan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.