Advertisements

10 Fakta Bahaya Beri Makan Mi Segera Kepada Anak

Advertisements

Mi segera sememangnya menjadi pilihan makanan sekeluarga lebih-lebih lagi ketika tiada masa untuk masak.

Ini kerana mi segera mudah disediakan dan hadir dengan pelbagai perisa dan juga murah.

Namun begitu, kita sedia maklum bahawa mi segera bukanlah makanan yang bagus untuk dimakan selalu apatah lagi jika diberi kepada kanak-kanak secara kerap.

Ini kerana mi segera mempunyai bahan-bahan yang tidak elok dan mempunyai ciri-ciri makanan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada kanak-kanak.

Menerusi akaun Twitter, Dr Ahmad Samhan berkongsi 10 fakta bahaya beri makan mi segera kepada anak.

1. Risiko kanser

Pek pembukusan mengandungi dioxin dan plasticizer mampu meningkatkan risiko kanser.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2. Risiko obesiti

Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), 3 cawan mi segera mengandungi 30g lemak atau setiap paket yang menyebabkan kanak-kanak terdedah risiko obesiti.

3. Penyakit metabolik

Kajian di Universiti Harvard menunjukkan kanak-kanak yang makan dua pek seminggu berisiko mendapat penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit jantung.

4. Risiko depresi, alahan kulit

Kajian di Korea menunjukkan pengambilan makanan segera seperti mi segera dikaitkan dengan peningkatan risiko depresi dalam kalangan remaja perempuan di Korea serta masalah alahan kulit di kalangan golongan dewasa.

Baca juga: Perbezaan Penyakit HFMD, Chickenpx & Monkeypox

5. Gangguan visual

Pewarna tiruan, contohnya Sunset Yellow FCF dan Tartrazine, menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf.

6. Kemerosotan daya ingatan

Kandungan MSG (Monosodium Glutamat) yang merupakan penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia.

7. Kerosakan hati

Mi segera juga disalut dengan ‘lilin’ atau wax semasa dalam pemprosesan. Wax memberikan tekstur ‘licin’ pada permukaan mi. Pengambilan bahan berbahaya ini boleh mengakibatkan kerosakan hati.

8. Bahan dari industri petroleum

Tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ) merupakan produk yang terhasil daripada industri petroleum. Jadi, ia boleh memudaratkan kesihatan anak.

9. Kerosakan organ

Propylene glycol merupakan sejenis bahan kimia untuk mengekalkan kelembapan mi dan ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ.

10. Proses penghadaman tidak teratur Mi menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Pengambilan mi segera menyebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan perut kembung.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements