Advertisements

10 Perkara Pertama Perlu Anda Lakukan Selepas Dapat Kunci Rumah

Advertisements

Sebelum anda memasuki rumah baru, perkara pertama yang perlu anda lakukan selepas dapat kunci adalah periksa terlebih dahulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding retak, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju rumah akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat aduan tentang apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah.

Ini semua adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah.

Akan tetapi sekiranya anda buat pengubahsuaian atau major renovation, maka pemaju tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.

Disini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa perkara yang perlu anda lakukan selepas dapat kunci rumah baru.

Baca juga: SRP: Skim Rumah Pertamaku Tanpa Deposit & Pembiayaan 110%

Peralatan Yang Diperlukan

Antara peralatan yang diperlukan semasa membuat pemeriksaan kerosakan rumah adalah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Masking tape
    • Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  2. Marker Pen
    • Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
  3. Kertas A4
    • Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
  4. Kamera / Handphone berkamera
    • Ambil gambar kecacatan rumah.

Berikut adalah 10 perkara yang perlu anda lakukan, antaranya adalah:

1. Azan

  • Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
  • Masuk rumah dengan lafaz Basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

2. Pintu

  • Buka dan tutup pintu berkali kali.
  • Periksa juga tombol pintu dan kuncinya sekali.
This image has an empty alt attribute; its file name is image-15.png
This image has an empty alt attribute; its file name is image-23.png
This image has an empty alt attribute; its file name is image-20.png
This image has an empty alt attribute; its file name is image-22.png

3. Tiles Lompong

  • Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
  • Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
  • Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
  • Ketuk pada setiap kepingan tiles tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.
This image has an empty alt attribute; its file name is image-18.png
This image has an empty alt attribute; its file name is image-21.png

4. Elektrik

  • Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
  • Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

5. Meter Air

  • Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
  • Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
  • Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
  • Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
  • Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

6. Tingkap Dan Sliding Door

  • Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin.
  • Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
  • Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

7. Tangga

  • Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor

  • Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
  • Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
  • Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai tandas itu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
  • Selalunya lepas letak sealer ini kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.

9. Dinding Retak

  • Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
This image has an empty alt attribute; its file name is image-14.png

10. Kunci Semua

  • Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap tandas, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
  • Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Sumber : Facebook Shamier Mohaimin

Baca juga: Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu RMR Rahman 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.