Advertisements

11 Simbol Lampu Amaran Pada Dashbord Kereta Anda

Advertisements

Pernah tak, berlaku pada diri anda, ketika sedang memandu kereta di atas jalan raya, tiba-tiba anda salah satu simbol amaran menyala pada dashboard anda.

Tentu anda mengagak terdapat masalah pada kenderaan anda bukan?

Jangan risau! Tidak semua lampu yang menyala itu memberikan maksud bahawa kereta anda berada dalam keadaan masalah besar.

Namun, sebagai pemilik kenderaan seharusnya kita kenal pasti dan faham akan setiap simbol yang menyala bagi memastikan sama ada ianya masalah kecil atau besar.

Jom kita kenali 11 maksud simbol amaran yang sering keluar pada dashboard kereta anda.

Baca juga: Inilah Cara Paling Jimat Untuk Bawa Kereta Sendiri Ke Langkawi

11 Simbol Lampu Amaran Pada Dashbord Kereta

1. Lampu Brek Tangan

  • Jika lampu ini menyala, ia menunjukkan bahawa brek tangan pada kereta anda masih digunakan.
  • Tetapi jika brek tangan dilepaskan dan lampu masih menyala, ia menunjukkan bahawa minyak brek kenderaan anda sudah kurang atau terdapat masalah mekanikal pada sistem brek ini.

2. Lampu Cek Enjin

  • Lampu ini menandakan sistem pada kereta ada masalah dalam bahagian enjin.
  • Jika lampu ini menyala dan kenderaan tidak dapat dihidupkan, maka terdapat masalah pada sistem enjin kenderaan anda.
  • Hubungi bengkel pengeluar kenderaan anda untuk proses baik pulih.

3. Lampu Bateri

  • Apabila lampu ini menyala, ini bermakna bateri kenderaan anda telah kehabisan kuasa atau rosak.
  • Gantikan segera dengan bateri yang baru.

4. Lampu ABS

  • Sistem brek ABS (Antilock Braking System) mempunyai peranti kompleks yang tugasnya adalah untuk mengelakkan roda daripada terkunci apabila membrek.
  • Jika simbol ini muncul apabila anda menekan brek, ini bermakna sistem ini sedang berfungsi mengawal tayar daripada terkunci semasa sedang membrek.
  • Tetapi jika lampu ini menyala apabila anda tidak membrek, ini bermakna terdapat masalah pada komponen ABS dan anda harus hantarkan kepada pakar untuk pemeriksaan atau pembaikian.

5. Lampu Traction Control System

  • Traction Control System (TCS) atau sistem kawalan cengkaman adalah sistem yang bertanggungjawab mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman semasa memecut atau menekan minyak di permukaan kurang cengkaman.
  • Lampu dengan ikon kereta tergelincir ini akan menyala jika TCS dimatikan (secara manual), dan akan berkelip semasa sedang berfungsi.

6. Lampu Amaran Bahan Bakar

  • Pada sesebuah kereta biasanya terdapat penunjuk jumlah bahan api.
  • Penunjuk bahan api ini hadir dalam beberapa bentuk, antaranya ialah dalam bentuk meter, rajah atau jarum.
  • Tetapi jika bahan api terlalu sedikit dalam kereta anda, lampu amaran ini akan menyala ataupun berkelip.

7. Lampu Amaran Tali Pinggang Keledar

  • Jika lampu amaran ini berkelip, maka ia menandakan bahawa tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu atau penumpang dalam kereta.
  • Biasanya pada sesetengah kereta, jika tali pinggang keledar tidak dipakai dalam masa yang lama, lampu amaran ini bukan sahaja bekelip, malah ia akan diikuti dengan bunyi amaran.

8. Lampu Amaran Suhu Enjin

  • Jika lampu amaran ini warna biru, ia menandakan bahawa suhu enjin tidak cukup panas untuk memulakan operasi.
  • Hendaklah anda memandu perlahan dahulu dan tidak melakukan pecutan mendadak.
  • Sekiranya lampu warna merah, ia bermakna bahawa tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas.
  • Jadi, sebaiknya anda perlu segera mematikan enjin kenderaan untuk biarkan ia sejuk atau lakukan pemeriksaan.

9. Lampu Amaran Aras Minyak Enjin

This image has an empty alt attribute; its file name is image-96.png
  • Lampu amaran ini bermaksud kuantiti minyak enjin.
  • Sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam/minyak enjin.
  • Tambahkan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan anda.

10. Lampu Amaran Beg Udara SRS

  • Jika anda dapati lampu amaran SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kenderaan anda yang terdekat kerana lampu amaran ini bermaksud beg udara kereta anda bermasalah.
  • Jangan ambil risiko kerana beg udara mungkin tidak berfungsi dengan sepenuhnya jika berlaku kemalangan atau lebih teruk lagi, meletup secara tiba-tiba.
  • Bawa kereta anda untuk pemeriksaan secepat mungkin.

11. Lampu Amaran Pintu Kereta

  • Sebelum memulakan perjalanan, pastikan lampu amaran ini tidak menyala.
  • Lampu amaran ini menandakan bahawa terdapat pintu kereta anda yang masih tidak ditutup dengan rapat.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit banyak ilmu dan manfaat kepada anda.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Hanya Guna Bahan Semulajadi, Ini 7 Cara Hilangkan Bau Busuk, Hapak, Kepam Kereta

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.