Advertisements

11 Tanda-tanda Anak Anda Ada ‘Growth Style’ Kinestetik

Advertisements

Anak paling lasak dan gasak biasanya ada growth style kinestetik ni. Memang tidak dinafikan anak-anak jenis ini selalu membuat ibu bapa mengucap panjang.

Tetapi tidak mengapa kerana anak-anak jenis inilah bila besar nanti mereka berpotensi besar untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

Jadi jom kenali tanda-tanda anak jenis kinestetik.

Baca juga: 7 Cara Dan Petua Lama Untuk Turunkan Suhu Demam Panas

1. Gerakan Badan

  • Bagi anak kinestetik ini bahan pelajarannya adalah tubuh badan mereka sendiri.
  • Ini kerana semakin banyak mereka bergerak semakin banyak lah perkara yang dipelajarinya.

2. Susah Duduk Diam

  • Anak-anak ini sangat susah untuk duduk diam, pasti ada sahaja perkara yang ingin dilakukkan nya.
  • Jika tidak dapat melakukkan sesuatu perkara atau pergerakan pasti mereka menjadi tidak keruan dan gelisah.

3. Cepat Berasa Bosan

  • Mereka akan berasa cepat bosan jika selalu terperuk di dalam rumah tanpa berbuat apa-apa.
  • Ini akan menjadi punca anak itu mudah meragam dan membentak.

4. Pantang Keluar Rumah

  • Jika diberi peluang keluar rumah, pasti mereka akan cepat atau bergegas keluar.
  • Sebenarnya anak kinestetik ini akan berasa lebih bebas apabila berada di luar rumah kerana mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka.

5. Suka Alam Semulajadi

  • Tanah, pasir, rumput dan laut ni semua merupakan mainan mereka.
  • Mereka akan berasa gembira dan senang apabila dapat menyentuh alam semulajadi.

6. Kreatif Dan Berimaginasi

  • Anak kinestetik ini sebenarnya sangat kreatif.
  • Bayangkan mereka boleh hasilkan mainan daripada kotak kepada kereta, kusyen sofa boleh jadi rumah, periuk, kuali dan senduk ibu itu selalu jadi mainan mereka.

7. Suka Mainan Lasak

  • Mereka lebih tertarik kepada mainan yang lasak dan mencabar berbanding membaca buka atau mainan yang tidak mempunyai pergerakan.

8. Marah Dan Bentak

  • Mereka akan marah dan bentak apabila dilarang bermain permainan yang mereka suka.
  • Sebagai seorang ibubapa pasti akan berasa risau jika anak-anak bermain mainan yang membahayakan mereka.
  • Jadi jika hendak melarang mereka perlulah secara lembut agar mereka tahu mainan yang itu sebenarnya bahaya.

9. Suka Rosakkan Barang

  • Sebenarnya mereka bukan segaja untuk rosakkan barang tetapi mereka tidak mampu untuk mengawal kekuatan diri mereka.

10. Sentiasa Bertenaga

  • Anak kinestetik ini akan sentiasa bertenaga kecuali semasa tidur.
  • Selagi mata mereka tidak lelap selagi itulah mereka sentiasa melakukan aktiviti lasak.
  • Boleh dikatakan seorang yang tidak tahu erti penat.

11. Suka Memanjat Badan

  • Pantang nampak ibu ayahnya senag sikit pasti akan dipanjat badan atau diajak bermain.

Sumber: Hamil Dalam 3 Bulan

Baca juga: 10 Perkara Pertama Perlu Anda Lakukan Selepas Dapat Kunci Rumah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.