Bantuan Kasih Bangsa Johor telah diumumkan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor melalui satu pengumuman khas hari ini, 14 April 2022.
Sebanyak 28 inisiatif dengan peruntukan sejumlah RM144.36 juta melalui program Bantuan Kasih Bangsa Johor yang meliputi lima kategori utama, iaitu Kemasyarakatan, Kebajikan, Orang Muda Johor, Pendidikan dan Ekonomi dijangka akan memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor.
Berikut disenaraikan antara bantuan yang telah diumumkan dalam Insentif Khas Kerajaan Negeri Johor pada 14 April 2022:
Bantuan Beras Bangsa Johor
Setiap Ketua Isi Rumah di Johor akan menerima 10kg beras

Bantuan Pekerja Ekonomi GIG
Bantuan RM300 Pemandu Teksi, e-Hailing, Penghantar makanan.

Bantuan Imarah Masjid & Surau
RM500 Kepada Imam, Bilal, Noja, Kariah serta penggerak masjid dan penyelia Al-Quran.

i-Biaya: Inisiatif Terbaharu Pembiayaan Perumahan Malaysia
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Bantuan khas Aidilfitri Fakir Miskin
Bayaran bantuan khas Aidilfitri kepada Golongan fakir sebanyak RM400 manakala RM300 bagi golongan miskin. Setiap tanggungan pula terima tambahan RM50.

Bantuan Pasangan Raja Sehari
Bantuan RM1000 kepada pasangan yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah.

Program i-Berkat
Bantuan kepada golongan B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) berbentuk barang sumbangan isi rumah dan kit kesihatan serta barang keperluan pesakit kronik / terlantar

Bantuan Pelancongan
RM1000 untuk pemandu pelancong, pengusaha homestay dan pengusaha bot pelancongan.

Bantuan Pemandu Bas Awam & Bas Ekspres
Bantuan RM300 bagi pemandu bas yang berdaftar dengan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

Bantuan Geran Pesara Polis Dan Veteran ATM
- Bantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Polis Negeri Johor
- Bantuan Geran Kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Johor

Bantuan Ketua Kampung
Bantuan RM500 Kepada Ketua Kampung.

Biasiswa Bangsa Johor
Pembelajaran secara percuma untuk Diploma & Ijazah Sarjana Muda di Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ).

Bantuan Mahasiswa IPTA /IPTS
Skim Bantuan Pendaftaran Kemasukan ke IPTA / IPTS bagi Diploma (RM500) dan Ijazah Sarjana Muda (RM1000).

Sumber: Laman web rasmi Kerajaan Johor.