Advertisements

3 Jenis Kenderaan Mikromobiliti Diharamkan Serta-merta Di Jalan Raya

Advertisements

Kementerian Pengangkutan menetapkan larangan penggunaan kenderaan jenis mikromobiliti merangkumi tiga kategori di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Wee berkata larangan terhadap tiga kategori kenderaan mikromobiliti itu dilaksanakan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mobiliti Tertentu) 2021 yang berkuat kuasa 17 Dis 2021.

3 Jenis Kenderaan Mikromobiliti Yang Diharamkan

Tiga kenderaan mikromobiliti tersebut terdiri daripada jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA).

1 – Moped

Moped adalah kenderaan yang dipasang dengan dua atau tiga roda dan dipacu oleh sumber elektrik dengan kelajuannya tidak melebihi 50 kilometer sejam (km/j).

2 – Personal Mobility Devices (PMD)

PMD adalah kenderaan yang dipacu oleh kuasa manusia atau elektrik dengan kelajuan tidak melebihi 25 km/j seperti skuter berkuasa elektrik.

3 – Personal Mobility Aids (PMA)

PMS adalah kenderaan yang dipacu oleh kuasa manusia atau elektrik dengan kelajuan tidak melebihi 25 km/j bagi kegunaan individu yang mempunyai masalah pergerakan.

Baca juga: Malaysia Airlines Tawar Diskaun Tambang Bagi Pelajar Di Musim Perayaan

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kadar Denda Yang Dikenakan

Penggunaan kenderaan mikromobiliti yang dilarang di atas jalan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1978 iaitu kompaun sebanyak RM300, dan agensi yang akan menguatkuasakan perintah larangan itu adalah Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis.

Kawasan Yang Dibenarkan Kenderaan Mikromobiliti

Kenderaan mikromobiliti hanya dibenarkan di dalam bangunan dan kawasan yang tiada percampuran aliran trafik seperti di halaman rumah atau tanah persendirian.

Penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan akan dipertimbangkan jika pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan kemudahan infrastruktur jalan yang menyokong penggunaan kenderaan itu.

Undang-Undang Bagi Pengguna Basikal

Penggunaan basikal, beca dan basikal elektrik adalah dibenarkan namun perlu mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Bagi penggunaan basikal dengan bantuan elektrik, hanya yang memenuhi spesifikasi Malaysia Standard, MS2514 : Electric Bicycles Specification sahaja dibenarkan digunakan di atas jalan raya.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.