Advertisements

Ketahui 4 Khasiat Buah Pisang & Manfaatnya Untuk Tubuh Badan

Advertisements

Pisang merupakan buah yang popular di Malaysia kerana pokok buah ini mudah ditanam dan berbuah.

Oleh kerana itulah, buah ini mudah didapati dan orang ramai boleh mendapatkannya pada harga yang murah.

Buah ini mempunyai rasa yang manis dan boleh dijadikan ramuan pencuci mulut seperti kuih muih, kek dan sebagainya.

Kandungan Nutrisi

Kandungan nutrisi di dalam buah pisang terdiri daripada kalium dan juga asid folat.

Selain itu, buah ini juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.

1. Memberi Tenaga Segera

Buah pisang dapat memberikan tenaga segara kepada tubuh badan manusia.

Ini kerana, kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dengan memakan 2 biji pisang sehari, ia dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

2. Membantu Masalah Sembelit

Buah ini dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit.

Ini kerana, buah ini dapat bantu memperlancarkan pembuangan air besar dan berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit.

3. Membantu Menurunkan Tekanan Darah

Buah ini memiliki kandungan kalium dan potasium yang dapat membantu menurunkan tekanan darah.

Dengan memakan pisang, ini akan mengurangkan paras sodium yang berlebihan dalam badan.

4. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Buah ini memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal.

Kadar potassium yang mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana dapat mengurangkan risiko manusia untuk berlakunya sakit jantung.

Sumber: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia dan https://www.suria.my/sensasi/gaya/khasiat-buah-pisang-dan-manfaatnya-kepada-tubuh-badan/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.