Advertisements

5 Cara Halau Nyamuk Di Rumah Guna Bahan Masakan Di Dapur

Advertisements

Nyamuk adalah salah satu serangga kecil yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia jika terkena gigitannya.

Daripada gigitannya bukan saja boleh membuatkan gatal-gatal kulit, malah membawa virus pelbagai penyakit berbahaya seperti denggi, malaria dan chikungunya.

Untuk menghalang nyamuk, kita sering saja menggunakan semburan nyamuk yang ternyata mengandungi bahan kimia yang berpotensi mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.

Walhal kita boleh sahaja menggunakan kaedah altenatif yang lain untuk menghalang nyamuk dengan selamat tanpa menggunakan semburan kimia.

Disini kami kongsikan kepada anda kaedah altenatif dan cara untuk menghakau nyamuk dengan hanya menggunakan bahan masakan di dapur sahaja.

Baca juga: Petua Rawat Rambut Gugur Tanpa Guna Produk Mahal

1. Bunga Cengkih Dan Limau Nipis

Selain digunakan di dalam masakan, bunga cengkih dan limau nipis boleh di gunakan untuk menghalau nyamuk.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ini kerana bau bunga cengkih yang bersifat aromatik dan kaya dengan perisa serta limau nipis yang berbau sitrus apabila digabungkan akan mengeluarkan bau yang tidak disenangi oleh nyamuk.

Cara-caranya:

  • Potong limau nipis kepada setengah bahagian.
  • Cucukkan bunga cengkih pada limau tersebut.
  • Kemudian letakkan berdekatan anda atau di kawasan yang banyak nyamuk.
This image has an empty alt attribute; its file name is image-55.png

2. Bawang Putih

Seperti yang kita tahu, bawang putih memang banyak khasiat dan kegunaanya. Salah satunya adalah menghalau nyamuk dengan menggunakan bawang putih.

Cara-caranya:

  • Hiriskan beberapa ulas bawang putih kemudian letakkan di tingkap rumahdan pintu.
  • Selain itu boleh juga campurkan hirisan bawang putih ini dengan sedikit minyak pati lavender untuk kesan yang lebih optimum.

3. Serai Wangi

Selain daripada memberi pelbagai khasiat kepada kesihatan manusia, serai wangi juga adalah salah satu cara yang berkesan untuk menghalau nyamuk.

Kajian telah membuktikan keberkesanan tanaman ini sebagaui penghalau nyamuk oleh kerana baunya yang agak kuat.

Disamping itu, daun serai wangi ini juga sering di buat minyak untuk menghalau serangga termasuk lah nyamuk, lipas dan cicak.

Cara-caranya:

  • Isikan beberapa batang tangkai serai yang segar ke dalam sebuah bekas.
  • Kemudian letakkan di kawasan tumpuan nyamuk di dalam rumah.
  • Serai wangi ini juga dapat membunuh larva nyamuk atau jentik-jentik yang baru membiak.

4. Rosemary

Seperti yang kita tahu Rosemary ini adalah salah satu herba yang digunakan untuk memasak masakan barat / Western.

Selain digunakan untuk masakan barat, Rosemary juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti penyakit gaot.

Disamping itu, Rosemary juga dapat menghalau nyamuk dan juga lalat.

Cara-caranya:

  • Bakar Rosemary di waktu petang.
  • Asap dan bau dari pembakaran tersebut akan mengahalau nyamuk dari menghampiri rumah anda.

5. Pokok Selasih / Basil

Tahukah anda, daun selasih atau Basil ini bersifat toksik terhadap nyamuk.

Dengan aroma yang sedikit menyegat membuatkan nyamuk tidak suka akan tumbuhan ini.

Menurut kajian, tumbuhan ini mampu memberi pelindungan seratus peratus terhadap nyamuk pembawa Malaria.

Cara-caranya:

  • Tanam daun selasih ini di dalam pasu-pasu kecil.
  • Kemudian letakkannya di dapur atau di bahagian-bahagian rumah yang lain seperti tingkap.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menghapuskan nyamuk dirumah.

Baca juga: 13 Cara Tradisional Untuk Hilangkan Sakit Gigi

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements