Advertisements

5 Cara Mengawal Penurunan Darah Tinggi Daripada Meningkat Naik

Advertisements

Hipertensi atau Penyakit Darah Tinggi adalah salah satu penyakit yang semakin popular di kalangan kita tanpa mengira peringkat umur.

Punca tekanan darah tinggi ini boleh terjadi adalah disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan seseorang.

Jika seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi yang berterusan tanpa dirawat, ini boleh mengakibatkan kerosakan organ dalaman seperti buah pinggang, jantung dan otak.

Berikut dikongsikan beberapa cara untuk mengawal penurunan darah tinggi daripada meningkat naik.

Baca juga: 5 Cara Halau Nyamuk Di Rumah Guna Bahan Masakan Di Dapur

1. Kurangkan Berat Badan

Pengurangan berat badan atau mempunyai berat badan yang idea merupakan penawar darah tinggi yang boleh dianggap mujarab.

Secara amnya, anda terlindung daripada masalah tekanan darah tinggi jika anda mampu mengurangkan 4.5 kg (10 pounds) daripada berat badan asal.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Untuk mengurangkan berat badan dengan cepat anda boleh mengamalkan dieat yang di syorkan oleh doktor.

2. Kurangkan Pengambilan Garam

Pengambilan garam yang berlebihan di dalam tubuh badan akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Cara yang terbaik adalah mengurangkan pengambilan makan segera / fast food. Ini kerana terlalu banyak garam yang terkandung di dalam setiap hidangan tersebut.

Oleh itu, Persatuan Ahli Diet telah mengesyorkan jumlah pengambilan garam yang perlu diambil pada setiap hari adalah tidak melebihi 2000mg atau 1 sudu teh.

Contoh kandungan garam yang terdapat pada setiap hidangan makanan:

3. Pemakanan Yang Sihat

Pengambilan makanan yang sihat juga sangat memberi kesan yang baik untuk mengurangkan tekanan tinggi.

Pastikan anda mengambil pemakanan yang sihat dan kaya dengan buah-buahan serta sayuran. Jika boleh gantikan pengambilan snek dengan banyakkan memakan buah-buahan.

Kurangkan makanan berlemak dan lebihkan pengambilan bijirin, kekacang, ayam dan ikan.

Kurangkan pengambilan daging merah. Jika boleh, fokuskan kepada pengambilan sayur-sayuran dan protein daripada produk tenusu.

4. Senaman

Senama adalah salah satu untuk cara untuk menyihatkan jantung untuk sentiasa aktif.

Ini kerana jantung diperbuat daripada otot, dan otot akan menjadi lebih kuat dengan senaman.

Oleh itu senaman adalah cara terbaik dan terapi yang paling bagus untuk merawat tekanan darah tinggi.

Antara senaman yang boleh anda lakukkan adalah senaman aerobik atau berjalan pantas sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

5. Berhenti Merokok

Seperti yang kita tahu, rokok adalah sangat membahayakan kesihatan diri bukan sahaja buat si perokok malah penghidu juga.

Tahukah anda mengapa merokok itu merbahaya buat pesakit yang mempunyai darah tinggi? Ini kerana apabila anda merokok, kadar degupan jantung akan meningkat lebih laju berbanding degupan normal.

Jadi, apabila degupan jantung laju dan tidak normal, ia menyebabkan tekanan darah juga meningkat naik.

Dalam jangka panjang pula, zat kimia pada tembakau juga meningkatkan tekanan darah dengan merosakkan dinding pembuluh darah dan menyempitkan arteri.

Kesimpulan

Tekanan darah perlu dikawal dengan betul. Jika hipertensi dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada si pesakit.

Oleh itu, jika anda mempunyai tanda darah tinggi, sila dapatkan rawatan susulan serta amalkan gaya hidup sihat dan ambil berat tentang tahap kesihatan mental anda.

Akhir kalam, jangan kita terlalu ambil ringan jika mempunyai tanda darah tinggi.

Perlu sentiasa beringat terutamanya bagi pesakit yang sudah meningkat usia.

Baca juga: 7 Cara Dan Petua Lama Untuk Turunkan Suhu Demam Panas

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.