Advertisements

Bakal Dilancar 2022, Ini 5 Fakta Mengenai I-Sayang, I-Lindung

Advertisements

Seperti diketahui umum sebelum ini, bantuan skim i-Lestarii-Sinar dan i-Citra adalah bertujuan mengurangkan bebanan rakyat kesan pandemik Covid-19.

Kini KWSP mengumumkan akan melancarkan kemudahan i-Sayang dan i-Lindung dalam suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat khususnya ahli KWSP.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, ini fakta lengkap berkenaan kemudahan tersebut;

1. i-Sayang membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

2. i-Lindung iaitu kemudahan dana persaraan yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

3. Antara inisiatif lain yang sedang dipertimbangkan juga termasuklah mewajibkan perlindungan kepada pekerja sektor informal dalam bidang bukan pertanian secara berperingkat.

4. KWSP juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh memaksa majikan meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.

5. Perkara tersebut diumumkan dalam ucapan perasmian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 ke-9 selama dua hari yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Semoga bermanfaat!

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.