Advertisements

5 Perkara Anda Perlu Ambil Tahu Sebelum Keluarkan KWSP Terakhir

Advertisements

Baru-baru ini kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP maksimum RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.

Walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Baca juga: KISS 2022: Bantuan RM200 Sebulan Untuk Kaum Ibu

Bagi anda yang telah membuat keputusan untuk mengeluarkan simpanan KWSP anda pada 1 April ini, berikut merupakan 5 perkara yang anda perlu tahu:

1 – Tarikh Permohonan

Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka mulai 1 April hingga 30 April 2022.

2 – Had Umur Pengeluaran

Permohonan terbuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun sahaja.

3 – Tempoh Pembayaran

Pembayaran kadar pengeluaran akan dilakukan bermula 20 April 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

4 – Jumlah Pengeluaran Dibolehkan

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah minimum RM50 sehinggan maksimum RM10,000.

5 – Akaun Pengeluaran

Ahli perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.