Advertisements

5 Sebab Kenapa Child Car Seat Penting Dalam Kenderaan Anda

Advertisements

Setiap hari ada sahaja kemalangan yang melibatkan kecederaan serta nyawa anak-anak kecil. Ada yang tercampak keluar daripada kenderaan, ada yang tercampak di dashboard kereta.

Ada sesetengah ibu bapa yang memakaikan tali keledar kereta di badan anak-anak mereka, tetapi adakah anda pasti bahawa tali keledar kenderaan itu sesuai atau tidak untuk mereka?

Berikut dikongsikan 5 sebab kenapa Child Car Seat amat diperlukan oleh ibu bapa yang masih mempunyai anak-anak kecil.

Baca juga: Tebus Subsidi CRS: Rebat Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

1. Kerusi Kereta Tidak Sesuai Untuk Bayi

Penciptaan kerusi kereta adalah tidak sesuai untuk diduduki oleh bayi atau anak-anak dibawah umur 6 tahun ke bawah.

Ini kerana bayi dan anak-anak kecil memerlukan kerusi yang istimewa serta dicipta khas untuk mereka jika menaiki kenderaan.

2. Keselamatan Dan Keselesaan

Seperti yang kita tahu, fungsi utama child car seat adalah untuk menjaga keselamatan bayi dan anak-anak kecil daripada kemalangan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ini adalah salah satu perlindungan yang boleh para ibu bapa lakukan untuk menjaga keselamatan anak-anak mereka.

3. Elak Daripada Tercampak

Kerap kita dengar akan kemalangan yang melibatkan anak-anak tercampak keluar daripada kereta.

Ini kerana kanak-kanak tersebut tidak memakai tali keledar dengan betul atau tidak memakai tali keledar lansung.

Jadi dengan adanya child car seat yang sesuai dengan mereka, sekurang-kurangnya dapat melindungi mereka daripada tercampak keluar kereta apabila berlakunya kemalangan.

4. Melekap Kemas Di Kerusi 

Dengan penggunaan child car seat ini, keselamatan anak-anak lebih terjamin.

Ini kerana, di antara anggota badan atas seperti dada dan anggota bawah ini seperti peha akan diikat kemas pada tali pinggang.

Manakala bagi kereta yang mempunyai cangkuk seperti top tether pula, kerusi kanak-kanak itu akan tersangkut dan pergerakan kerusi menjadi terhad sewaktu kemalangan berlaku. 

5. Fokus Pada Pemanduan

Dengan adanya child car seat ini, ibu bapa boleh fokuskan diri pada pemanduan tanpa memerhatikan keselamatan anak-anak jika tidak memakai tali keledar.

Ciri-ciri Keselamatan Child Car Seat

Berikut merupakan ciri-ciri keselamatan sesebuah chil car seat adalah:

  • Bertindak untuk mengurangkan kecederaan kepada kanak-kanak yang duduk di dalamnya.
  • Direka untuk untuk melindungi dan menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa berlaku kemalangan.
  • Mengurangkan momentum dalam keadaan yang terkawal.
  • Menyebarkan daya kearah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minimum terhadap tisu dalaman yang lembut.

Nota: Pastikan semasa memasang car seat, ia mengikut arahan yang ditetapkan kerana pemasangan yang salah juga boleh menyebabkan kecederaan yang tidak diingini.

Cara Penggunaan Yang Betul

Dibawah ini merupakan cara betul untuk menggunakan child car seat pada anak anda mengikut peringkat umur.

Baca juga: Permohonan MyICE: Geran Pertubuhan Berdaftar Sehingga RM10,000

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.