Advertisements

5 Tanda Minyak Hitam Kenderaan Perlu Ditukar

Advertisements

Nampak mudah dan seperti rutin biasa tetapi sebenarnya ramai yang terlupa untuk menukar dan menjaga minyak enjin kenderaan mengikut jadual dan millage kenderaan tersebut.

Sebenarnya penjagaan minyak enjin ini sangat penting kerana ia melibatkan komponen utama di dalam kereta dimana jika tidak diselenggara dengan baik, boleh mengundang padah.

Ini kerana fungsi minyak enjin di dalam kenderaan adalah sangat penting untuk membersih, melincir dan menyejukkan komponen dalaman enjin malahan ia juga berperanan menghalang daripada kerosakan berlaku.

Jadi disini kami ingin kongsikan tanda-tanda minyak hitam kenderaan anda perlu ditukar.

Baca juga: Cara Mohon Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) 2022

1. Lampu Tekanan Minyak Menyala

Apabila lampu ini menyala, itu bermakna enjin kereta anda kekurangan minyak hitam walaupun ia masih berfungsi.

Kadang-kadang ia muncul juga bersama lampu enjin/check engine. Ketahuilah bahawa itu adalah isyarat kepada masalah enjin secara keseluruhan yang berisiko tinggi menyebabkan kerosakan teruk.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2. Kereta Cepat Habis Minyak

Jika anda merasakan bahawa minyak petrol kereta anda cepat habis padahal anda baru sahaja mengisinya. ini menandakan bahawa enjin kereta anda sudah teruk dan perlu ditukar minyak enjin secepat mungkin.

Minyak enjin yang cair dan tidak cukup likat adalah satu sebab boleh menyebabkan enjin kereta anda bekerja lebih keras dan menyedut lebih cepat bahan api. .

3. Enjin Berbunyi Bising Atau Bergegar

Apabila minyak enjin terlalu kotor, ini akan menyebabkan kegagalan dalam melaksanakan tugas pelinciran serta penyejukan dengan efektif.

Komponen logam di dalam akan bergesel serta mengeluarkan bunyi bising hingga menyebabkan kegagalan enjin , serta boleh menyebabkan isu overheat berlaku.

4. Mengeluarkan Bau Terbakar

Jika anda terbau benda bakar semasa anda memandu kenderaan, ketahuilah bahawa enjin kenderaan anda sedang mengalami masalah panas yang melampau dan minyak sedang terbakar dalam sistem ekzos.

Dalam masa yang sama, pengeluaran asap warna kelabu atau kebiruan dari ekzos juga turut berlaku. Jika ada berlaku simptom berkenaan, sila periksa tanda-tanda kebocoran dan segera gantikannya secepat mungkin.

5. Minyak Warna Hitam Berkilat

Apabila minyak enjin digunakan terlalu lama, pasti akan bertukar warna yang sangat gelap seperti hitam yang bersinar.

Ia terjadi disebabkan kotoran serta bendasing daripada pembakaran dalaman enjin.

Jadi semasa ingin membuat pemeriksaan minyak enjin tersebut, pastikan anda melihat tahap kejernihan minyak enjin tersebut.

Jika minyak enjin tersebut nampak seperti cair dan pekat maka itu tandanya minyak enjin tersebut perlu diktukar dengan segera.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda dalam penjagaan kenderaan.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Awal IPTA/IPTS MAIDAM 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.