Advertisements

6 Cara Menguruskan Kewangan Dengan Bijak Dan Cermat

Advertisements

Tiba saja hujung bulan, pasti ramai diantara kita yang mengalami masalah kekurangan wang akibat tidak menguruskan wang pendapatan dengan bijak.

Ini kerana ada yang terlebih berbelanja kearah barangan kehendak sehinggakan wang yang seharusnya digunakan untuk membayar komitmen bulanan turut digunakan.

Masalah kewangan dan risiko dibebani hutang boleh menimpa sesiapa sahaja jika mereka tidak tahu cara bagaimana menguruskan kewangan secara berhemah, lebih-lebih lagi dengan kenaikan barangan keperluan pada zaman kini.

Namun, masalah kekurangan wang di akhir bulan boleh diatasi jika anda membuat pengurusan kewangan dengan bijak serta merancang pengunaan pendapatan dengan baik.

Berikut adalah 6 cara untuk menguruskan kewangan dengan bijak. Antaranya adalah:

Baca juga: Permohonan PEMULA: Skim Permulaan Perniagaan Johor

1. Asingkan Gaji Bulanan

Pastikan anda mengasingkan sekurang-kurangnya 10% wang daripada gaji bulanan anda untuk dijadikan simpanan setiap kali anda merima gaji.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2. Utamakan Keperluan

Pastikan anda menjelaskan terlebih dahulu segala keperluan komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan.

Apabila selasai membayar segala komitmen dan membeli barang keperluan, barulah anda berbelanja ke arah memenuhi kehendak diri pula.

3. Elak Berhutang

Pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan kewangan yang sedia ada. Jika boleh elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan.

Kecuali untuk pembelian barang yang tidak mampu dibeli secara tunai seperti rumah dan kenderaan.

4. Elak Guna Kad Kredit

Pastikan anda bebas daripada pengambilan kad kredit. Ini kerana akan mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.

5. Wujudkan Akaun Simpanan Tanpa Kad ATM

Ini adalah untuk mengelakkan anda menggeluarkan wang tanpa henti di mesin ATM.

Oleh itu, jika anda tidak mempunyai kad ATM, ini akan membataskan anda untuk kerap mengeluarkan wang kerapa anda perlu pergi ke kaunter untuk membuat transaksi pengeluaran.

Sebagai contoh simpanan wang di ASB, anda hanya perlu pergi ke kaunter bank untuk membuat transaksi pengeluaran.

6. Pelan Insuran

Pastikan anda mengambil pelan perlindungan diri atau insurans yang mampu melindungi diri anda dan keluarga secara komprehensif.

Ini kerana mencegah lebih baik dari mengubati kerana kita tidak tahu perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.

Jika berlakunya kecelakaan pada diri sendiri atau keluarga, kita sudah ada backup wang rawatan daripada insuran oyang dilanggan.

Baca juga: Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu RMR Rahman 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.