Advertisements

6 Cara Mudah Hilangkan Sakit Tekak Guna Bahan Di Rumah Sahaja

Advertisements

Sakit tekak merupakan simptom yang biasa dalam kalangan kita. Ia mempunyai pelbagai penyebab yang boleh menyebabkan sakit tekak seperti kekeringan dan kegatalan pada tekak.

Mengalami ganguan sakit tekak ini sangatlah tidak selesa. Ini boleh menyebabkan punca demam.

Jadi disini kami kongsikan beberapa cara mudah hilangkan sakit tekak hanya dengan menggunakan bahan di rumah sahaja.

Baca juga: Petua Nak Hilangkan Pening Kepala

1. Minum Air Masak Secukupnya

Perbanyakkan memimum air masak atau air putih untuk melegakan sakit tekak.

Dengan meminum air masak atau air putih, ia dapat melegakan tekak yang kering dan perit.

Di samping itu, ia dapat melembabkan tekak daripada kering dan terasa gatal.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Oleh itu anda disarankan untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi melegakan sakit tekak anda.

2. Kumur Mulut Guna Air Garam

Selain digunakan sebagai masakan, garam juga dapat membantu melegakan sakit tekak sekaligus dapat mematikan bakteria di dalam tekak.

Caranya adalah dengan mengambil 1 sudu kecil atau teh garam dan campurkan bersama dengan segelas air suam.

Kemudian kumurkan air garam tersebut selama 30 saat.

3. Minum Air Lemon

Seperti yang kita tahu, lemon kaya dengan vitamin C dan antioksida dapat membantu menguatkan antibodi badan seseorang serta dapat membantu melawan penyakit.

Selain membantu menguruskan badab jus lemon juga dapat membantu melawan bakteria serta melegakan keradangan dan mengurangkan rasa sakit tekak.

Caranya untuk menggunakan jus lemon adalah dengan perahkan jus lemon ke dalam gelas yang dicampur dengan air suam dan 1 sudu makan madu.

Anda boleh amalkan minuman jus lemon ini setiap pagi bagi membantu menjaga kelembapan saluran kerongkong anda.

4. Makan Ais Krim Vanila

Ais krim vanila yang sejuk akan membuatkan tekak yang sakit terasa kebas, sejuk dan nyaman.

Pastikan anda memakan ais krim vanila yang berada di dalam bekas dan bukannya ais krim vanila stick.

5. Madu

Madu adalah bahan semulajadi yang bersifat antibekteria, antikulat dan antivirus.

Anda boleh mengamalkan pengambilan madu setiap pagi dengan memakan 1 sudu makan madu.

Selain itu, anda juga boleh membancuh dengan air teh suam atau air lemon. Pastikan anda meminum madu asli dan bukannya tiruan.

6. Bunga Cengkih

Terdapat beberapa cara dalam penggunaan bunga cengkih ini.

  • Kunyah bunga cengkih. Ini kerana bunga cengkih akan mengeluarkan eugenol dan secara tak langsung memberi rasa kebas dalam mulut sehingga tekak.
  • Campurkan 1 sudu teh serbuh bunga cengkih bersama dengan air suam. Kemudian kumurkan selama 3 saat dan buangkan air tersebut. Ulang kumur lagi sehingga air bancuan bunga cengkih habis.

Jumpa Doktor Jika Perlu

Sekiranya sakit tekak anda berlanjutan dan semakin parah, sebaiknya anda terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat doktor.

Baca juga: 7 Cara Dan Petua Lama Untuk Turunkan Suhu Demam Panas

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.