Advertisements

6 Makanan Untuk Menjaga Kesihatan Gigi Di Bulan Ramadan

Advertisements

Memberus gigi, menggunakan pembersih mulut dan floss gigi merupaka perkara yang kita perlu lakukan untuk memastikan kesihatan dan kebersihan gigi.

Selain itu, untuk memastikan gigi kita kekal bersih dan terjaga, pastikan kita melakukan pemeriksaan gigi di klinik gigi setiap enam bulan sekali.

Selain daripada itu, terdapat beberapa jenis makanan yang dijamin mampu memberi kekuatan terhadap gigi kita. Jom kita semak senarai makanan di bawah:

Buah epal

Buah epal mengandungi vitamin C dan boleh menyihatkan gusi. Selain itu, buah epal membantu membersihkan gigi daripada plak dan boleh memberi meningkatkan pengeluaran air liur kita. Air liur sangat diperlukan di dalam mulut kerana air liur memberi manfaat yang baik kepada gusi dan gigi.

Daun seleri

Daun seleri merupakan sayur yang sering kita jumpa di dalam makanan. Sayur yang mempunyai batang yang kasar ini mampu membantu membersihkan gigi daripada plak dan sisa makanan. Fungsi daun seleri sama sahaja seperti buah epal. Daun seleri mampu meningkatkan pengeluaran air liur yang berfungsi untuk mencegah kerosakan gigi dan membersihkan mulut.

Yogurt

Kalsium dan protein yang tinggi di dalam yogurt mampu membuatkan gigi kita berada dalam keadaan yang sihat dan kuat. Selain itu, mengambil yogurt setiap hari juga boleh mengurangkan risiko daripada terkena infeksi gigi. Namun, jangan lupa untuk memberus gigi selepas makan yogurt kerana dikhuatiri boleh terjadinya plak gigi.

Keju

Keju sangat bermanfaat kepada gigi kerana boleh mengurangkan risiko kerosakan gigi. Hal ini kerana, keju juga mampu meningkatkan pemgeluaran air liur kita. Selain itu, manfaat lain keju adalah mempunyai kalsium dan protein yang boleh menguatkan enakmen gigi.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ikan

Kalsium di dalam ikan sangat bermanfaat untuk melindungi gigi dan gusi daripada dijangkiti penyakit. Ikan yang disyorkan mempunyai manfaat untuk kesihatan gigi kita adalah ikan salmon, ikan kembung, ikan tuna dan ikan sardin. Selain itu, Vitamin D yang terdapat dalam ikan juga mampu mencegah kita daripada terkena radang gusi.

Jeruk

Vitamin C yang terkandung di dalam jeruk mampu memberi kesihatan dan kekuatan kepada gigi. Selain itu, jeruk juga mampu melancarkan peredaran darah dan memperlambatkan perkembangan penyakit gusi. Ini merupakan berita baik kepada penggemar jeruk kerana boleh menguatkan gigi kita dan mengurangkan faktor penyakit.

Bermula sekarang, jom kita rawat dan jaga gigi kita dengan mengamalkan makanan-makanan yang telah disenaraikan di atas. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjaga kesihatan gigi menjelang bulan Ramadan ini.

Baca juga: Kekal Semangat Dan Bertenaga Sepanjang Ramadan, Amalkan Resepi Mudah Susu Kurma Ini

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.