Advertisements

6 Tips Panjangkan Rambut Secara Semulajadi Guna Bahan Di Rumah

Advertisements

Mempunyai rambut yang sihat, panjang dan bersinar adalah impian kebanyakan wanita. Namun bukan semuanya bertuah memiliki rambut yang cantik dan sihat.

Salah satu punca rambut tidak cepat panjang adalah disebabkan kulit kepala dan akar rambut yang tidak sihat.

Di sini kami ingin kongsikan kepada anda tips penjagaan dan panjangkan secara semulajadi.

Hanya menggunakan bahan-bahan dirumah sahaja. Jimat wang anda!.

Baca juga: 5 Makanan Wajib Elak Untuk Kulit Wajah Berseri

1. Santan

Santan sering digunakan sebagai cara cepat memanjangkan rambut. Ianya juga dapat membuatkan rambut lebih bersinar.

Penggunaan santan bukan saja untuk memasak makanan, bahkan ia juga boleh digunakan untuk memanjangkan rambut serta membuatkan rambut lebih kilat dan bersinar.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara-caranya:

  1. Sediakan 300 hingga 500ml.
  2. tuangkan di atass kepada dan sapu rata keseluruhan.
  3. Kemudian balut rambut tersebut dengan tuala hangat.
  4. Biarkan selama 15 hingga 20 minit.
  5. Akhir sekali bilaskan rambut tersebut dengan air sejuk.
  6. Lakukan cara ini 3-4 kali seminggu untuk lihat hasilnya.

2. Teh Hijau

Teh hijau mempunyai kandungan yang

Teh hijau mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan sangat bagus untuk pengaliran darah menuju ke rambut.

Kesan daripada detoksifikasinya juga berkesan untuk membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat dan sihat.

Cara-caranya:

  1. Bancuhkan teh hijau dengan air seperti hendah membuat air teh.
  2. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan seluruh rambut secara merata.
  3. Kemudian balutkan ra,but tersebut dengan tuala salama 20 minit.
  4. Akhir sekali bilaskan dengan air bersih.

3. Lidah Buaya

Seperti yang kita tahu, terdapat banyak khasiat lidah buaya terutamanya untuk penjagaan kulit muka dan juga penjagaan rambut.

Nutrisi yang terdapat pada lidah buaya itu sebenarnya boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut secara lebat dan cepat panjang.

Cara-caranya:

  1. Kupas terlebih dahulu kulit lidah buaya lalu mengambil gel lidah buaya di dalamnya.
  2. Kemudian sapu dan urutkan ke kulit kepala secara rata.
  3. Kemudian campurkan gel lidah buaya dengan madu dan sapukan pada rambut.
  4. Biarkan selama 20 minit.
  5. Kemudian bilas sampai bersih.

4. Bawang Merah

Bawang juga dapat memanjangkan rambut secara sihat dan semulajadi. Ini kerana kandungan sulfur dalam bawang dapat menguatkan akar rambut.

Tahukah anda kandungan sulfur yang terdapat di dalam bawang dapat menguatkan akar rambut, memanjangkan rambut secara sihat dan semulajadi.

Cara-caranya:

  1. Cara pertama, Anda boleh kisarkan bawang sehingga menjadi jus kemudian jadikan sebagai masker rambut atau;
  2. Cara kedua, hiris bawang merah kemudian ramas-ramaskan pada rambut dan juga kulit kepala.
  3. Kemudian biarkan selama 20 minit.
  4. Akhir sekali bilaskan dengan air bersih.

5. Putih Telur

Putih telur mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berkhasiat untuk pertumbuhan rambut.

Cara-caranya:

  1. Ratakan putih telur pada rambut.
  2. Kemudian biarkan selama 15 minit.
  3. Akhir sekali bilaskan dengan air sehingga bersih dan tidak berbau hanyir telur.

Nota: Putih telur juga boleh dicampur dengan minyak zaitun untuk hasil yang lebih memuaskan.

6. Minyak Zaitun

Minyak Zaitun dapat membantu melembutkan rambut kusam dan menjadi lebih berkilau.

Selain itu, ia juga dapat membantu menyihatkan rambut dan kulit kepala.

Cara-caranya:

  1. Sapu dan ratakan minyak zaitun pada kulit kepala dan rambut.
  2. Kemudian urut-urut kulit kepala agar dapat melancarkan aliran pada kepala.
  3. Biarkan selama setengah jam hingga 1 jam.
  4. Kemudian bilaskan dengan air bersih

Baca juga: Petua Rawat Rambut Gugur Tanpa Guna Produk Mahal

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.