Advertisements

6 Tips Persediaan Keselamatan Pemanduan Sebelum Pulang Beraya

Advertisements

Sedar tidak sedar sudah 2 tahun kita tidak beraya di kampung akibat pandemik yang berlaku di negara kita.

Akhirnya pada tahun ini semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam diberi kebenaran untuk menyambut perayaan di kampung bersama keluarga tersayang.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk pulang beraya, memandangkan raya semakin tiba beberapa hari lagi.

Tetapi anda sebelum memulakan perjalanan ke kampung halaman, pastikan anda membuat peperiksaan terlebih dahulu terhadap kenderaan anda.

Disini dikongsikan bebera tips persediaan keselamatan pemanduan sebelum pulang beraya.

Baca juga : Tips Keselamatan Kediaman Sebelum Pulang Ke Kampung

1. Buat Pemeriksaan Dan Servis Kereta

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pastikan anda melakukan servis dan pemeriksaan menyeluruh kenderaan terutamnya bahagian enjin, tayar, brek, penapis minyak, radiator dan elemen-elemen penting bagi mengelakkan kenderaan bermasalah di tengah jalan raya nanti.

2. Keselamatan Keluarga Dan Penumpang Semasa Perjalanan

Pastikan anda dan penumpang memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalan pulang ke kampung halaman.

Manakala buat keluarga yang memiliki anak kecil, pemasangan kerusi kanak-kanak adalah langkah terbaik untuk menjamin keselamatan mereka.

3. Rancangan Perjalanan

Seperti yang kita tahu, apabila tiba sahaja musim perayaan pasti ramai yang akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman.

Hal ini pasti akan menyebabkan kesesakan jalan raya berlaku. Namum dengan merancang perjalanan terlebih dahulu sedikit sebanyak dapat membantu.

Jika anda berasa letih dan mengantuk semasa memandu, berehat atau tangguhkan terelebih dahulu perjalanan di mana-mana Kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

4. Sentiasa Ikuti Info Trafik

Anda boleh ikuti info trafik ini semasa perjalanan bagi mengetahui info terkini mengenai laluan lintas di laman Jalanow

5 Baki Touch N Go Dan Smart Tag Mencukupi

Pastikan anda mengisi wang yang mencukupi di dalam kad TnG dan Smart Tag anda sebelum memulakan perjalanan.

Oleh itu, anda dapat menjimatkan waktu perjalanan tanpa perlu beratur panjang di lorong tol tunai.

6. Patuhi Peraturan Lebuh Raya

Pastikana anda mengikuti had laju yang ditentukan dan patuhi isyarat serta peraturan di lebuh raya semasa menukar lorong, memotong kenderaan lain dan lain-lain.

Elakan menggunakan lorong kecemasan dan mengekori mengekori kenderaan lain terlalu rapat jangan memotong barisan

Pandu cermat, jiwa selamat. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Baca juga : Tarikh Akhir Pos Barang Untuk Sampai Sebelum Raya 2022


Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.