Advertisements

Hanya Guna Bahan Semulajadi, Ini 7 Cara Hilangkan Bau Busuk, Hapak, Kepam Kereta

Advertisements

Kita semua sudah sedia maklum, bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini memberi impak besar khususnya rumah ditenggelami air sehingga menimbulkan pelbagai kerosakan dan kemusnahan.

Salah satu kerosakan yang dialami oleh mangsa banjir juga adalah kenderaan. Apabila kenderaan ditenggelami air, kereta akan menghadapi pelbagai kerosakan dan menjadi kotor.

Sebenarnya, selain daripada mencuci kenderaan menggunakan sabun pencuci, ada beberapa cara efektif menggunakan bahan semulajadi yang anda boleh cuba untuk mengatasi masalah ini.

Tidak perlu menggunakan bahan kimia, bahan-bahan semulajadi ini juga lebih menjimatkan dan berkesan tau.

1. Arang

Sebelum mewangikan kereta, perkara pertama yang perlu pertimbangkan adalah meneutralkan bau busuk, hapak, atau kepam yang dah sedia ada dalam kereta.

Ambil beberapa ketul arang letakkan dalam bekas dan biarkan terbuka di lantai kereta.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara kedua, bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letak berhampiran kawasan yang berbau.

2. Soda penaik

Soda penaik atau ‘baking soda’ adalah satu lagi cara hilangkan bau kereta yang berkesan.

Letakkan satu bekas yang berisi soda penaik di dalam kereta.

Boleh juga taburkan soda penaik ke atas lantai kereta atau bahagian yang berbau kuat. Biarkan 2-3 jam untuk ia menyerap bau. Kemudian, boleh vakum.

Selalu juga orang gunakan teknik ini untuk menghilangkan bau hancing pada tilam kerana ia efektif untuk menyerap bau.

3. Serbuk kopi atau teh

Kedua-dua bahan ini berkesan menyerap aroma yang kurang sedap dalam kereta. Nak guna uncang teh atau kopi terus pun boleh.

4. Daun pandan

Seperti yang kita tahu, daun pandan mempunyai aroma yang wangi dan menyegarkan.

Keratkan 2-3 helai dan ikatkan. Kemudian letakkan di bawah tempat duduk atau di mana-mana ruang dalam kereta.

Tapi, jangan lupa gantikannya dalam tempoh 2-3 minggu. Bila dah kering dan layu, baunya pun akan hilang sekali.

5. Lemon atau limau Kasturi

Perahkan lemon atau limau kasturi pada bahagian yang tak hilang baunya. Biarkan seketika sebelum membilas seperti biasa.

Jus lemon atau limau kasturi juga boleh dibuat ‘spray’ kereta semula jadi.

Perahkan pati lemon tadi dengan sedikit air dan campurkan sedikit cuka kerana ia boleh melawan kulat dan bau hapak. Kemudian, ‘spray’ pada bahagian dalaman kereta.

Boleh juga gunakan hirisan kulit lemon dengan letakkan dalam kain kecil. Letakkan berhampiran dengan penghawa dingin.

6. Daun limau purut

Boleh juga boleh membuat ‘spray’ kereta dengan teknik sama menggunakan limau purut (‘kaffir lime’).

Selain buah limau itu, daunnya pun boleh digunakan dengan cara mencincang halus seperti daun pandan tadi.

7. Anginkan atau jemur

Selalulah menjemur atau menganginkan kereta untuk memberi pengudaraan yang baik. Dengan cara ini, bauan yang terperangkap dapat keluar dengan cepat.

Teknik yang mudah adalah buka pintu kereta, hidupkan enjin dan biarkan ‘fan’ berpusing selama lebih kurang lima minit pada kelajuan maksimum.

Jika mahu, semburkan sedikit ‘spray’ yang korang buat sendiri atau apa-apa pewangi yang suka ke dalam ‘air cond’.

Selamat mencuba!

Baca juga: Honda Malaysia Tawar Diskaun 25% Untuk Pelanggan Terjejas Banjir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.