Advertisements

7 ‘Ganjaran’ Keluarga Malaysia Sempena Hari Buruh 2022

Advertisements

Sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pekerja dalam menjana kemajuan negara, kerajaan bersetuju memberi ‘ganjaran’ sempena sambutan Hari Pekerja 2022 bertemakan “Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara”.

1 – Tenanggung 80 peratus jumlah caruman individu bekerja sendiri

Menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan sasaran sekurang-kurangnya sejuta ahli Keluarga Malaysia mendapat manfaat itu.

2 – Penyediaan taska di tempat kerja

Mewajibkan penyediaan taska di tempat kerja di dalam sektor awam yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun.

Penyediaan taska juga akan diperluaskan ke sektor swasta dan geran tahunan akan disediakan bagi inisiatif ini.

3 – Penetapan gaji minimum RM1,500 mulai 1 Mei

Pekerja di seluruh Malaysia akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022.

Perlaksanaan bermula pada 1/5/2022 adalah bagi majikan yang,

  1. mempunyai pekerja 5 orang atau lebih;
  2. menjalankan aktiviti profesional di bawah kelas MASCO;

Namun perlaksanaan gaji minimum terkecuali kepada sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang mempunyai pekerja kurang lima orang iaitu sehingga 31 Disember ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

4 – Program pembiayaan insuran kenderaan Keluarga Malaysia

Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia atau MyEzCover.com yang diperkenalkan mulai 1 Mei dan dilaksanakan oleh KSM, Perkeso dan ANGKASA dan bakal memanfaatkan penjawat awam.

Penjawat awam akan ditawarkan pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah dan skim akan diperluaskan kepada sektor swasta.

5 – Meraktifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)

Rektifikasi ini adalah untuk melindungi hak pekerja tempatan dan asing terutamanya isu berkaitan buruh paksa dan memastikan produk dan barangan Malaysia tidak lagi dikenakan sekatan masuk ke pasaran antarabangsa.

Baca juga: Permohonan BSN MyHome/i: Skim Pembiayaan Rumah Pertama

6 – Melancarkan portal UPSkill Malaysia

Portal UPSkill yang bakal diwujudkan untuk meningkatkan pekerja-pekerja dengan kemahiran tertentu.

Ianya juga untuk dijadikan pusat rujukan tunggal dengan menghimpunkan maklumat dan 6,143 penyedia latihan yang meliputi 35 bidang kemahiran.

7 – Lain-lain inisiatif

lain-lain inisiatif yang diumumkan adalah program subsidi upah dan peningkatan had silling gaji bulanan diinsurankan daripada RM4,000 kepada RM5,000 yang melibatkan 9 juta pekerja khususnya pencarum PERKESO.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.