Advertisements

7 Perkara Anak Sulung Sembunyikan Daripada Ibu Bapa

Advertisements

Setiap anak-anak mempunyai personaliti sendiri. Tetapi tahukah anda emosi anak-anak boleh dipengaruhi oleh tingkah laku ibu bapa sendiri.

Terutamanya anak sulung, bila munculnya kehadiran adik mereka, mereka kan mula rasa di biarkan oleh ibu bapa mereka.

Disini terdapat 7 perkara yang disembunyikan oleh anak sulung daripada ibu bapa mereka.

Baca juga: Program Anak Kebanggaan Pahang Tawar RM200 Untuk Anak Baru Lahir

1. Rasa Di Sayangi

Bagi anak sulung, mereka juga terasa ingin disayangi, dipeluk dan dicium seperti mana yang kita lakukan pada adik bongsu mereka.

2. Ucapan Sayang Dari Ibu Ayah

Kadang kala anak sulung juga ingin sangat diberitahu dan diucapkan oleh ibu ayah nya seperti “Ibu sayang kamu” walaupun umur mereka sudah sudah meningkat dewasa

3. Bangga Dengan Pencapaian Mereka

Anak sulung juga ingin sangat kita bangga dengan pencapaian mereka walaupun ianya kecil dan remeh di mata manusia yang lainnya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

4. Tatap Mata Dengan Penuh Kasih Sayang

Anak sulung juga sangat perlukan kita menatap mata mereka dengan penuh kasih sayang.

Ianya seperti mana kita menatap mereka sewaktu pertama kali kita melahirkannya.

5. Gembira Dengan Kehadiran Mereka

Anak sulung juga sangat ingin merasakan kita gembira dengan kehadiran mereka, sepertimana kita gembira suatu ketika dahulu dengan kelahiran cahaya mata pertama kita.

6. Rasa Dihargai

Anak sulung ingin sangat merasa dihargai setiap titik peluh dan pengorbanannya dalam menjaga kesemua adik beradiknya.

7. Tidak Berbelah Bahagi Kasih Sayang

Anak sulung ingin sangat merasa kasih sayang kita kepada adik adiknya yang lain.

Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dan berkurangan kepada mereka.

Penuhilah tangki emosi anak sulung dahulu, insyaAllah anak sulung yang penuh tangki emosinya akan mampu menyayangi kesemua adik beradik tanpa banyak bicara

Kredit: Taufiq Razif

Baca juga: 11 Tanda-tanda Anak Anda Ada ‘Growth Style’ Kinestetik

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.