Advertisements

7 Sunnah Yang Boleh Diamalkan Pada Malam Pertama, Khas Untuk Pengantin Baru

Advertisements

Setiap pasangan yang baharu sahaja melangsungkan pernikahan, pasti akan melalui fasa ‘malam pertama’ terlebih dahulu. Rasanya perkara ini semua orang pun sudah sedia tahu kan?

Apabila memasuki alam perkahwinan, pasangan suami isteri haruslah memenuhi keperluan masing-masing. Hal ini termasuklah berkaitan tentang nafkah batin.

Namun sebagai umat Islam, adalah sebaiknya kita melakukan perkara ini dengan niat untuk beribadah. Barulah kita boleh memperolehi keberkatannya.

Untuk pengantin baru atau bakal pengantin yang sedang membaca artikel ini, kali ini kami ingin berkongsi kepada anda sunnah yang diamalkan oleh RasulAllah. Take note okay?

Jadi pengantin baru malam pertama nanti cuba ikut sunnah Rasullulah S.A.W. seperti di bawah ini

1.Membersihkan diri

Sebelum berjimak atau bahasa mudahnya melakukan hubungan seksual, suami isteri ‘wajib’ membersihkan diri terlebih dahulu. Mandi supaya anda dapat menyegarkan diri dan berada dalam keadaan yang bersih.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2. Berhias dan pakai wangi-wangian 

Khas untuk para isteri, selepas membersihkan diri, janagan lupa untuk berhias dan memakai wangi-wangian tau. Siapa sahaja yang tidak suka dengan perkara yang menarik dan wangi kan? Hal ini akan menjadikan suami anda lebih tertarik dan teruja apabila ‘bersama’ anda.

3. Baca doa sambil tangan di ubun-ubun isteri 

Sebenarnya, para suami disunatkan untuk mendoakan perkara yang baik kepada isteri mereka selepas sah bergelar suami isteri. Letakkan tangan kanan anda di ubun-ubun isteri dan baca doa yang kami sertakan di bawah ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

(Allahumma inni as-aluka khoiroha wa khoiroma jabaltaha ‘alaihi wa a’udzu bika min syarriha wa min syarrima jabaltaha ‘alaihi.)

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiat yang dia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang dia bawa.

-Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

4. Lakukan solat sunat bersama 

Sebelum melakukan persetubuhan, pasangan suami isteri disunatkan untuk melakukan solat sunat dua rakaat bersama-sama. Selepas selesai solat, amalkan doa tentang malam pertama di bawah ini:

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لِي فِي أَهْلِيْ، وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي مِنْهُمْ، وَارْزُقْهُمْ مِنِّي، اَللَّهُمَّ اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ إِلَى خَيْرٍ، وَفَرِّقْ بَيْنَنَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ

(Allahumma baarik lii fii ahlii, wa baarik lahum fiyya. Allahummazuqnii minhum warzuqhum minni. Allahummajma’ baynanaa maa jama’ta ila khairin, wa farriq baynanaa idza farraqta ilaa khairin.

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah keberkahan kepadaku dan kepada isteriku, serta berkahilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah kami (berdua) dalam kebaikan.

-Diriwayatkan oleh ‘Abdurrazzaq dalam al-Mushannaf

5. Bermesra terlebih dahulu 

Normallah masing-masing menjadi kaku dan malu apabila masing-masing baru hendak melakukan hubungan seksual untuk kali yang pertama. Bagi mengelakkan rasa kaku dan segan, suami dan isteri perlu bermesra terlebih dahulu. Situasi ini diistilahkan sebagai foreplay.

Untuk mengulas lebih panjang tentang foreplay rasanya tidak perlulah. Anda google sahaja ya! Apa yang penting anda tidak boleh berada dalam keadaan yang tidak selesa pada malam tersebut.

6. Baca doa sebelum berhubungan seksual

Antara sunnah yang perlu diikut sebelum melakukan hubungan seksual adalah membaca doa sebelum memulakan hubungan. Hal ini bertujuan untuk menghindarkan diri daripada gangguan yang tidak dikehendaki daripada jin dan syaitan. Amalkan doa di bawah ini:

سْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا.

(Bismillah, allahumma jannibnaasy syaithoona wa jannibisy syaithoona maa rozaqtanaa.)

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah, ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau karuniakan kepada kami.

7. Wajib elak melakukan seks di dubur 

Take note untuk para suami! anda boleh bermesra dengan isteri di tempat-tempat yang disukai. Tetapi jangan sesekali melakukan hubungan seksual di dubur iaitu punggung.

نِسَآؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنّٰى شِئْتُمْ   ۖ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ   ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوٓا أَنَّكُمْ مُّلٰقُوهُ   ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercuck tanam mu itu bagaimana saja kamu kehendaki.” (QS. Al Baqarah: 223)

Melakukan seks di dubur bukan sahaja hukumnya haram, malah boleh mendatangkan risiko penyakit kelamin yang merbahaya kepada diri sendiri dan pasangan. Jangan sesekali lakukannya okay?

Sunnah-sunnah di atas amat mudah untuk diikuti. Di samping berbahagia melayari bahtera perkahwinan, jangan sesekali lupa untuk mendapatkan keberkatan dan berdoa supaya rumahtangga anda sentiasa dilindungi.

Selamat pengantin baru!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.