Advertisements

7 Tips Bagi Ibu Hamil Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Advertisements

Bulan Ramadhan semakin menghampiri umat Islam. Bulan yang penuh dengan barakah, dan bersamanya didatangkan kewajipan untuk seluruh umat Islam untuk berpuasa.

Namun begitu, terdapat beberapa golongan istimewa yang diberikan keringanan oleh Allah swt untuk tidak berpuasa, antaranya adalah wanita hamil dan yang meyusukan anak.

Dari sudut agama, kebanyakkan ulama Islam berpendapat bahawa wanita hamil perlu berpuasa sekiranya kesihatan mereka mengizinkan.

Manakala dari sudut perubatan pula, berpuasa secara keseluruhannya dibolehkan dan selamat untuk wanita hamil dan bayi.

Tetapi jika ibu hamil mengalami gejala muntah-muntah, kurang selera makan, penat atau rasa pening dan pitam adalah tidak digalakkan untuk berpuasa kerana boleh membahayakan bayi didalam kandungan.

Berikut dikongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan oleh ibu hamil ketika berpuasa di bulan Ramadhan.

Baca juga: Kerajaan Luluskan Tempoh Cuti Bersalin Sehingga 98 Hari, Paterniti 7 Hari

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

1. Tidak Digalakkan Makan Banyak Ketika Berbuka

Ibu hamil tidak digalakkan untuk makan dalam jumlah yang banyak ketika berbuka.

Ini kerana rahim yang semakin membesar itu akan menolak perut ibu dari bawah dan meyebabkan ibu hamil merasa pedih hulu hati dan memuntahkan kembali makanan yang dimakan.

Oleh itu disarankan untuk makan sedikit-sedikit tetapi lebih kerap untuk mendapat kalori yang cukup.

2. Banyakkan Minum Air

Ibu hamil digalakkan untuk minum air yang banyak sekurang-kurangnya 1.5 liter hingga 2 liter atau 8 hingga 10 gelas sehari.

3. Elakan Makanan Dan Minuman Tinggi Gula

Disarankan untuk menggelakkan daripada pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi paras gula yang tinggi.

4. Amal Makanan Sihat

Pastikan ibu hamil mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat ketika bersahur dan berbuka.

Lebihkan pengambilan protein, serat dan sayur-sayuran untuk menjaga tumbesaran bayi.

5. Makanan Yang Memberikan Tenaga

Adalah disarankan ibu hamil untuk mengambil makanan yang memberikan tenaga sepanjang hari berpuasa seperti kurma buah kurma.

6. Elak Lakukan Kerja Berat

Ibu hamil yang berpuasa disarankan untuk banyakkan berehat dan tidak melakukkan kerja-kerja berat dan aktiviti lasak.

7. Elak Berada Di Tempat Panas

Elakkan berada di tempat yang panas dalam jangka masa yang lama agar tidak dehidrasi.

Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda kurang pasti tentang ketahanan kandungan anda untuk berpuasa.

Semoga perkongsian tips ini dapat membantu ibu hamil dalam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Baca juga: Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.