Advertisements

Academy in Factory (AiF): Bekerja Sambil Belajar Di Kilang 

Advertisements

Academy in Factory (AiF) merupakan program bekerja sambil belajar di kilang & syarikat berdaftar di bawah AiF.

Ia melibatkan lebih 25 syarikat/kilang dalam sektor seperti kimia, sains hayat & teknologi perubatan, semikonduktor dan automatif.

Inisiatif AiF yang melibatkan tenaga belia merupakan inovasi penyelesaian serampang dua mata dalam menangani cabaran membangunkan tenaga kerja mampan dan meningkatkan prestasi pencapaian pendidikan rakyat Malaysia.

Program ‘Academy in Factory’ (AiF) dilihat bakal menawarkan sebanyak 300,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025 merentasi sektor yang berimpak tinggi seperti subsektor elektrikal dan elektronik (E&E), automotif, kimia dan bahan termaju serta sains hayat dan teknologi perubatan kepada anak belia seluruh negara.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program ini.

Syarat Penyertaan

Anda yang berminat untuk menyertai program ini perlulah memenuhi syarat-syarat penyertaan AiF seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18-35 tahun
  3. Mahir 3M (menulis, membaca dan mengira)
  4. Tiada masalah kesihatan serius
  5. Lulus ujian saringan AiF

Peserta terpilih akan jalani modul selama 18 bulan bersama operasi syarikat atau kilang berkaitan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Program Pembangunan Profesional 2022 (Pro-P) MARA

Cara Memohon Academy in Factory

Anda yang memenuhi syarat-syarat penyertaan boleh membuat permohonan menerusi langkah berikut:

  1. Daftar permohonan di pautan berikut: http://aif.mpc.gov.my/user/register
  2. Jalani ujian saringan AiF.
  3. Calon yang berjaya akan ditawarkan surat penempatan AiF untuk proses bekerja sambil belajar.
  4. Calon akan menerima sijil AiF setelah melengkapkan tempoh belajar.
  5. Calon akan diterima bekerja di Syarikat / IPT berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program Academy in Factor (AiF), sila rujuk saluran berikut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.