Advertisements

Acara-acara Berlangsung Sempena Sambutan Hari Keputeraan Agong

Advertisements

Enam acara akan berlangsung bermula semalam hingga 10 Jun sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi hantaran yang dibuat di akaun Facebook rasmi Istana Negara, berikut merupakan acara yang bakal berlangsung:

1 – Bacaan yasin dan doa selamat

Majlis bacaan yasin dan doa selamat di Masjid Wilayah Persekutuan pada malam 2 Jun yang lepas.

2 – Solat Jumaat Dan Khutbah Khas

Solat Jumaat dan khutbah khas sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka akan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 3 Jun.

3 – Titah Diraja

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Titah Diraja Al-Sultan Abdullah sempena sambutan itu pula akan disiarkan di semua stesen televisyen pada 5 Jun.

4 – Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah, Bintang Dan Pingat

Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan akan berlangsung di Istana Negara bakal berlangsung pada 6 Jun.

Baca juga: Skim Agro Food Facilities, Pinjaman Koperasi Berasaskan Agromakanan

5 – Lawatan ke Taska Genuis Perpaduan

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga dijadual berangkat melawat Taska Genius Perpaduan Taman Sri Rampai di ibu negara pada 9 Jun.

6 – Istiadat Mengarak Panji-panji

Acara terakhir sempena sambutan itu ialah Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya pada 10 Jun.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.