Advertisements

Air Pasang Besar Diramal Melanda Sehingga Ahad Ini

Advertisements

Penduduk di kawasan pesisir pantai dan orang ramai yang bercadang beriadah di pantai pada hujung minggu ini digalakkan untuk ditidak berbuat demikian.

Ini kerana pada hujung minggu ini sehingga ke hari Ahad bakal berlaku fenomena air pasang besar disebabkan dipengaruhi oleh daya tarikan graviti bulan dan matahari.

Perkara tersebut dikongsi oleh Pusat Hidrografi Nasional (PHN) menerusi hantaran di Twitter.

Justeru itu, PHN menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk kepada agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, mereka yang ingin melakukan aktiviti di tengah laut atau pulau di sekitar perairan Mersing disaran memaklumkan kepada ahli keluarga, rakan terdekat atau pejabat maritim sebagai langkah berjaga-jaga.

Tambah Khairul Nizam lagi, pengusaha bot dan feri juga perlu mengutamakan aspek keselamatan penumpang sebelum melaksanakan sebarang aktiviti air.

Walaupun fenomena air pasang besar hanya ramalan, keadaan dijangka akan lebih buruk jika air pasang besar datang sekali dengan hujan lebat dan angin kencang.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tinjauan di Kampung Pulau Belongan pada hari ini dilihat deretan bot nelayan berlabuh di pantai berikutan kebanyakan nelayan tempatan tidak ke laut untuk menangkap ikan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements