AirAsia Free Seat 2019 / 2020 Online Booking Promotion

Berita baik buat anda yang suka travel, berikut dikongsikan promosi terkini AirAsia Free Seat 2019 / 2020 seperti yang tertera di portal rasmi AirAsia.

Promosi ini hanya sah untuk online booking promotion sehingga 20 Januari ini.

Melalui promosi ini, penerbangan domestik termasuk antarabangsa sehingga 31 Julai 2019 boleh dibeli pada harga serendah RM19 sahaja.

AirAsia Free Seat 2019 / 2020

Penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Melbourne, Jeju, Amritsar dan Osaka juga tersedia dengan tambang termasuk semua untuk ahli bermula dari RM319, atau terbang dengan lebih selesa dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Bali, Taipei, Amritsar dan Jaipur dari hanya RM599.

Keutamaan diberikan kepada ahli Big Members yang ingin terbang dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Krabi, Yogyakarta, Langkawi, Balikpapan, Singapore, Penang dan banyak lagi tempat menarik pada kadar PERCUMA.

Terma dan syarat adalah seperti berikut:

  • Bayaran pemprosesan yang tidak boleh dibayar balik akan dikenakan untuk pembayaran melalui debit langsung, kad kredit, kad debit atau kad caj
  • Tambang merangkumi cukai lapangan terbang (kecuali untuk lapangan terbang tertentu di mana cukai lapangan terbang dikutip di tempat pemeriksaan sebelum berlepas)
  • Tempat duduk adalah terhad dan mungkin tiada dalam semua penerbangan
  • Sah untuk pembelian baru sahaja
  • Semua sebut harga tambang adalah bagi perjalanan sehala (satu perjalanan) sahaja • Semua cukai mesti dibayar semasa pembelian
  • Tambang luar negara tertakluk kepada kadar pertukaran wang
  • Tawaran ini tertakluk kepada ketersediaan serta Terma dan Syarat Pengangkutan AirAsia
  • Selepas bayaran dibuat, pemulangan kembali wang tidak dibenarkan
  • Tetamu yang mengembara perlu menyediakan dokumen-dokumen perjalanan yang diperlukan (contoh: pasport, visa jika diperlukan dan sebagainya) semasa berlepas
  • AirAsia mempunyai hak menafikan penumpang daripada menaiki pesawat jika gagal mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  • Pembayaran penuh mesti dibuat semasa tempahan
  • Pertukaran penerbangan dan tarikh dibenarkan, namun yuran pertukaran akan dikenakan
  • Penukaran nama tidak dibenarkan
  • Hanya boleh didapati untuk tempahan dalam talian di www.airasia.com

Berikut adalah contoh promosi AirAsia Free Seat sebelum ini.

airasia free seat 2018

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.airasia.com/my/ms/promotion.page