Advertisements

AirAsia Promosi Tawar Tempat Duduk Percuma AirAsia Bermula 9-17 April

Advertisements

AirAsia tawar promosi tempat duduk percuma bermula 9-17 April bagi kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa menerusi tempahan airasia Super App.

Tempat duduk itu tersedia untuk tempahan dari 9-17 April 2022 bagi perjalanan dari 12 Sept 2022 hingga 25 Mac 2023 namun ianya terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Antara destinasi domestik yang bakal termasuk di dalam promosi tersebut adalah Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Sibu. Manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh City dan Siem Reap, kata syaraikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Selain daripada tawaran tempat duduk percuma, harga tambang bagi penerbangan lain juga turut ditawarkan pada harga promosi iaitu bermula daripada RM23 sehala bagi penerbangan domestik. Mankala untuk destinasi antarabangsa adalah daripada RM69 sehala.

Baca juga: Penguatkuasaan Face Mask Ada Tanda Sirim Di Tangguhkan

Pengguna airasia Super App juga boleh membayar dengan airasia poin semasa membuat pembayaran.

Promosi ini bertetapan dengan pembukaan semula sempadan antara negara jiran di rantau ASEAN mulai 1 April yang lepas.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Menurut Ketua Pegawai Komersial Mai Yin Tan, terdapat peningkatan mendadak dalam permintaan penerbangan domestik dan antarabangsa di semua platform AirAsia.

Beliau turut mengingatkan, pengembara yang diberi vaksin sepenuhnya yang ingin melakukan perjalanan ke dan dari Malaysia mesti memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan masing-masing dari semua negara asal dan ketibaan sebelum membeli penerbangan mereka dan semasa ketibaan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.