Advertisements

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri – METMalaysia

Advertisements

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 7 negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 10 malam ini.

METMalaysia menerusi ciapan di Twitter memaklumkan negeri yang dijangka berdepan cuaca buruk itu ialah di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan WP Labuan.

Baca juga: Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM3,000

“Di Perak, ia membabitkan daerah Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Pahang pula, daerah yang terbabit ialah Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Maran, Kuantan dan Bera manakala Selangor membabitkan Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Hulu Langat,” katanya.

Tiga daerah di Johor turut tersenarai iaitu Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Di Negeri Sembilan dan Melaka pula, cuaca buruk dijangka melanda ke semua daerah nya.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cuaca buruk juga dijangka melanda daerah Limbang di Sarawak dan di Wilayah Persekutuan Sabah.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.