Advertisements

Awas, Jangan Tertipu Tawaran Dana Haji Melalui Telefon

Advertisements

Jangan mudah tertipu dengan iklan dan tawaran yang meragukan sebaiknya selidik terlebih dahulu untuk mendapat kepastian.

Kini, golongan tidak bertanggungjawab sentiasa mencuri peluang untuk menipu dan mengambil kesempatan atas kesulitan orang lain.

Terbaharu, kegiatan menawarkan dana haji bagi tujuan menyegerakan giliran menunaikan rukun Islam ke lima itu menerusi panggilan telefon.

Justeru, orang ramai terutamanya pendeposit Tabung Haji (TH) dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran dana bagi menunaikan haji.

Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menerima aduan daripada pendeposit tentang wujudnya individu tidak bertanggungjawab menawarkan dana tersebut bagi tujuan menyegerakan giliran haji.

Menurut TH, sebarang pemilihan giliran haji hanyalah berdasarkan sistem pendaftaran di mana yang dahulu didahulukan.

Dalam pada itu, TH turut menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi orang tengah dalam hal-hal berkaitan tawaran mahupun pakej haji.

Selain itu, pihak TH menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila menerima panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali berkaitan penawaran dana bagi urusan haji.

Korang yang ada ibu bapa yang sedang menunggu giliran haji juga perlu lebih peka dan sentiasa mengingatkan mereka agar tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi dalam panggilan telefon.

Beringat lebih baik sebelum terkena.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sementara itu, orang ramai boleh berhubung dengan TH di talian 03-62071919 untuk maklumat lanjut.

Sumber: Sinarplus

Baca juga: Cara Daftar myBSN Online Banking (2021)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.