Advertisements

Bagaimana Anda Boleh Terpilih Untuk Diaudit LHDN?

Advertisements

Cukai pendapatan merupakan antara cukai yang popular selalu diaudit oleh LHDN. Walaupun kadangkala kita merasakan kita tidak patut membayar setelah penat lelah bekerja, terpaksa relakan jua setiap bulan cukai ini ditolak daripada gaji bulanan.

Berbeza pula dengan individu yang berniaga sendiri atau syarikat, cukai perlu dibayar mengukit garis panduan LHDN dalam masa yang ditetapkan. Ianya perlu dibayar secara sendiri tanpa penolakan automatik seperti bekerja makan gaji.

Untuk memastikan pematuhan itu, LHDN akan melakukan audit. LHDN berhak untuk memilih siapa sahaja untuk diaudit pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, sekiranya pembayar cukai telah dipilih untuk diaudit LHDN ini tidak bermaksud pembayar cukai tersebut telah melakukan kesalahan.

Dalam Rangka Kerja Audit Cukai ada sebut yang pemilihan kes audit cukai dilakukan melalui sistem komputer berasaskan kepada kriteria penilaian risiko dan / atau berasaskan kepada pelbagai punca maklumat yang diterima.

Namun begitu, di sini kami ingin kongsikan antara sebab-sebab bagaimana anda boleh terpilih untuk diaudit oleh LHDN berdasarkan kes-kes popular. Perkongsian ini tidak semestinya tepat namun ianya boleh dijadikan rujukan anda untuk bersiap sedia apabila mendapat panggilan audit.

Baca juga: 4 Fakta Penting Mengenai Caruman KWSP Masuk Ke Akaun 1

Bagaimana Anda Boleh Terpilih Untuk Diaudit LHDN?

  1. Tidak hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara e-filing atau manual walaupun layak untuk membayar cukai setiap tahun.
  2. Hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) namun tidak konsisten setiap tahun.
  3. Pendapatan yang dilaporkan tidak semenggah dengan perbelanjaan.
  4. Pendapatan yang dilaporkan dalam BNCP tidak konsisten.
  5. Margin keuntungan bisnes yang luar biasa.
  6. Pengarah syarikat kelihatan hidup terlalu mewah.
  7. Majikan yang gagal membuat potongan cukai pendapan untuk pekerja mengikut garis panduan LHDN.
  8. Suka menunjuk-nunjuk kekayaan dan kejayaan di media sosial.
  9. Aktif jual beli rumah (broker, flipper).
  10. Ramai suka membuat tuntutan pelepasan palsu.

Membayar cukai adalah tanggungjawab bagi individu yang layak. Jika ianya diendahkan dan anda diaudit, penalti dan denda yang dikenakan lagi akan membebankan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Namun begitu, pegawai di LHDN juga adalah manusia dan boleh dibawa berbincang. Boleh mohon untuk pembayaran ansuran / penstrukturan bayaran.

Mungkin ramai yang tidak perasan, hasil cukai inilah yang telah dan akan digunakan bagi membantu sahabat handai, jiran tetangga serta pemilik perniagaan yang terkesan dengan pandemik.

Anda boleh muat turun eBook berkenaan cukai secara percuma. Boleh download e-buku Hasil di sini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.