Advertisements

Rayuan Haji 2023/1444 H: Tarikh dan Cara Permohonan

Bagi individu yang tidak mendapat surat tawaran melakukan ibadah haji bersama Tabung Haji, anda boleh melakukan permohonan rayuan haji 2023, untuk mencuba nasib sekali lagi.

Untuk mengetahui bagaimana dan bila rayuan haji ini dapat dilakukan teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Rayuan Haji 2023 (1444H)

Bagi individu yang telah menerima surat tawaran melakukan ibadah Haji bersama tabung Haji, pihak semakanonline. com mengucapkan tahniah dan semoga ibadah Haji yang bakal anda lakukan Mabrur dan diterima Allah S.W.T.

Bagi individu yang tidak menerima surat tawaran tersebut, jangan bersusah hati anda boleh mencuba sekali lagi dengan melakukan permohonan rayuan haji 2023.

Tarikh Rayuan Haji 2023

Tabung Haji, telahpun mengeluarkan borang_rayuan mengerjakan haji bermula hari 27 Mac 2023 (Isnin) ini.

Rayuan_haji ini boleh dilakukan melalui platform dalam talian Tabung Haji iaitu THiJari yang boleh dimuat turun di Play Store atau di App Store mengikut peranti milik anda.

rayuan haji 2023

Syarat Kelayakan

Semua yang telah mendaftar haji dengan Tabung Haji, layak untuk melakukan permohonan_rayuan haji 2023, namun begitu, keutamaan permohonan tersebut akan diberikan kepada: 

  • Rayuan Mahram
  • Lanjut Usia / Pembantu Lanjut Usia
  • Jemaah yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa tangguh pemergian haji 
  • Jemaah yang giliran mereka menunaikan haji pada tahun berikutnya iaitu 1445H / 2024M 

Cara Permohonan Rayuan Haji

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan_rayuan haji 2023 menggunakan Aplikasi atau Portal THiJARI

  1. Log masuk ke dalam Portal THiJARI
  2. Klik menu “Perkhidmatan Haji”. 
  3. Klik “Rayuan_Haji” 
  4. Kemudian “Permohonan_Rayuan Haji” dan klik “Berikutnya”.
  5. Baca garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardu Haji.
  6. Klik Saya Faham.
  7. Pilih kategori rayuan haji.
  8. Sila masukkan Nombor Akaun Tabung Haji dan Nombor Kad Pengenalan Bakal Haji (Pemohon). 
  9. Fahami soalan yang diberikan dan pilih Ya atau Tidak, kemudian klik “Akad (Perakuan Istito’ah)”.
  10. Klik hantar untuk kemukakan rayuan.
  11. Permohonan Selesai.

*Nota: Pastikan anda muat turun Surat Akuan Terima_Rayuan Bakal Haji sebagai rekod simpanan sebagai rujukan masa akan datang. 

Dibawah adalah video kaedah permohonan rayuan haji yang disediakan oleh pihak Tabung Haji:

Maklumat Lanjut

Bagi pengguna atau bakal pengguna yang mengingikan maklumat lanjut atau terdapat masalah atau persoalan yang ingin ditanya berkenaan rayuan_haji 2023, anda boleh mengajukan soalan tersebut kepada:

Jika berminat, anda juga boleh membaca artikel-artikel dibawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.