Advertisements

BAKTIDESA KKDW: Bantuan Pendidikan Pelajar Luar Bandar

Bantuan pendidikan BAKTIDESA KKDW merupakan sebuah inisiatif kerajaan dalam membantu pelajar-pelajar dari golongan B40 di kawasan luar bandar.

Permohonan bantuan ini bagi tahun 2023, telah pun dibuka. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan BAKTIDESA ini boleh terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu BAKTIDESA KKDW?

BAKTIDESA merupakan satu inisiatif dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), yang telah dijalankan sejak tahun 2005 lagi.

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan satu mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin atau miskin tegar di luar bandar sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan yang diiktiraf.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan bagi penerima bantuan BAKTIDESA ini boleh dilihat seperti dalam gambar di bawah:

BAKTIDESA KKDW

*Nota: Bantuan yang bakal diterima adalah bantuan persediaan kemasukan ke sekolah/institusi dan bantuan BAKTIDESA ini adalah berbentuk pemberian secara one-off.

Syarat-syarat Kelayakan

Dibawah merupakan dua syarat utama yang melayakkan seseorang pelajar untuk memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW :

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan belum berkahwin;
  2. Jumlah pendapatan keluarga pemohon:
    • Kategori Miskin
      • Isi Rumah: RM2,199.00
      • Per Kapita: RM567.00
    • Kategori Miskin Tegar
      • Isi Rumah: RM1,142.00
      • Per Kapita: RM290.00
  3. Telah ditawar/ diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa;
  4. Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badanbadan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan
  5. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.

Kaedah Permohonan BAKTIDESA KKDW

Setelah memenuhi syarat-syarat permohonan, anda boleh memulahkan permohonan anda dengan cara berikut:

  1. Pergi ke pautan https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/index.php?data=Ym9yYW5nLnBocA==
  2. Muat turun borang permohonan yang disediakan.
  3. Lengkapkan borang permohonan tersebut dan hantar melalui pos atau perkhidmatan kurier kepada urus setia AAB, KKDW di alamat di bawah:
URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA (AAB), KKDW
Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,
Aras 24, No. 47 Persiaran Perdana Presint 4,
62100 PUTRAJAYA.

Senarai Dokumen Wajib

Sebelum menghantar borang tersebut pastikan salinan dokumen wajib yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional [Gred 41 / Kumpulan A dan ke atas]) ATAU Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Sidang/MPKK/ Pengerusi JKKR/Pengerusi Persatuan Penduduk/ Ahli Parlimen/ ADUN/ Pesuruhjaya Sumpah telah disertakan sekali bersama borang permohonan tersebut.

Senarai dokumen wajib yang perlu dikepilkan sekali bersama borang BAKTIDESA KKDW adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Surat Tawaran Masuk ke SBP/ MRSM/ Sekolah Asrama Harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
  • Salinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/ MRSM/ Sekolah harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
  • Salinan Penyata Pendapatan Bulanan/ Slip gaji bulanan bapa/ibu atau waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan; dan
  • Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank/ Penyata Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut anda boleh melihat kepada tatacara pendaftaran yang disediakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah:

atau boleh terus pergi ke laman khas bantuan pendidikan BAKTIDESA KKDW di pautan berikut https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/

Atau anda boleh hubungi pihak berkaitan melalui:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.