Advertisements

Banjir Diramal Di 4 Buah Negeri Mulai 31 Disember

Advertisements

Amaran Hujan Berterusan telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia meramalkan banjir akan berlaku di empat buah negeri.

Empat buah negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Berikut fakta ramalan mengikut setiap negeri:

1. KELANTAN

Kelantan diramalkan akan menghadapi situasi banjir pada 31 Disember 2021, jam 8 malam di dua lembangan sungai iaitu:

1-Lembangan Sungai Kelantan melibatkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang.

2-Lembangan Sungai Golok pula membabitkan daerah Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang) serta kawasan-kawasan di sekitarnya yang berisiko.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

2. TERENGGANU

Terengganu diramalkan akan menghadapi situasi banjir pada 31 Disember 2021, jam 8 malam, di Lembangan Sungai Besut, Lembangan Sungai Terengganu melibatkan negeri Terengganu dan kawasan sekitar yang berisiko.

3. PAHANG

Terengganu diramalkan akan menghadapi situasi banjir pada 1 Januari 2022 pada jam 8 pagi di lembangan-lembangan sungai seperti berikut:

-Lembangan Sungai Pahang melibatkan daerah Maran, Temerloh dan Jerantut.

-Lembangan Sungai Kuantan melibatkan daerah Kuantan (Sungai Lembing).

-Lembangan Sungai Rompin melibatkan daerah Rompin dan kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.

4. JOHOR

Johor pula dijangkakan akan mengalami situasi banjir pada 1 Januari 2022 pada jam 8 pagi di Lembangan Sungai Mersing melibatkan daerah Mersing dan kawasan-kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.

Dalam pada itu, JPS menasihatkan orang ramai di kawasan-kawasan yang terlibat agar berwaspada dan peka serta sentiasa mendapatkan maklumat dan amaran berkaitan banjir di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.

HEBAHAN RAMALAN AWAL BANJIR NEGERI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG DAN JOHOR

Semoga kita semua lebih bersedia bagi menghadapi kemungkinan paras kenaikan air selepas ini. Mudah-mudahan.

Baca juga: Hanya Guna Bahan Semulajadi, Ini 7 Cara Hilangkan Bau Busuk, Hapak, Kepam Kereta

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.