Advertisements

Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP Untuk Anak Jati Pahang

Advertisements

Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP kini dibuka untuk permohonan bagi pelajar anak jati Pahang yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT.

Bantuan ini adalah inisiatif Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam membantu pelajar dari keluarga yang tidak berkemampuan untuk menampung kos pembelajaran.

Bantuan ini ditawarkan buat pelajar dalam pelbagai peringkat pengajian iaiti Sijil Asasi / Matrikulasi, Diplima, Sarjana Muda, Sarjana Muda (PJJ), Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PhD) sama ada di dalam atau luar negara.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP ini.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian seperti di bawah dan ianya akan disalurkan secara one-off:

Peringkat PengajianKadar Bantuan
Sijil Asasi / Matrikulasi (Semua Bidang/ Sepenuh Masa)RM 500
Diploma (Semua Bidang/ Sepenuh Masa)RM 700
Ijazah Sarjana Muda (Semua Bidang/ Sepenuh Masa)RM 1,200
Ijazah Sarjana Muda (PJJ) (Semua Bidang)RM 1,500
Ijazah Sarjana (Master) (Semua Bidang)RM 1,500
Kedoktoran (PhD) bagi bidang selain Pengajian IslamRM 3,000
Kedoktoran (PhD) bagi bidang Pengajian IslamRM 5,000

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pelajar beragama Islam
  • Pemohon bermastautin di negeri Pahang,
  • Permohonan dilakukan setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT.
  • Permohonan hanya boleh dilakukan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian.
  • Pemohon perlu kemukakan slip bayaran / bukti pendaftaran kemasukan ke IPT.

Baca juga: Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian melalui pautan : https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/

Agihan Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP

Pelajar yang berjaya dalam proses permohonan mestilah memasukkan nombor akaun bank dan nombor telefon yang aktif bagi memudahkan urusan pihak pentadbiran MUIP untuk membuat bayaran dan menghubungi pemohon.

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, permohonan dibuka sepanjang tahun.

Maklumat Lanjut

Sebarnag pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal IPT MUIP sila hubungi bahagian Dermasiswa Pelajaran/Tambang Belajar/ Bantuan Awal ke IPT melalui saluran berikut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.