Advertisements

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara Yayasan MAIDAM

Advertisements

Yayasan Pendidikan MAIDAM mempelawa pelajar yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara.

Bantuan ini ditujukan kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).

Baca juga: Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang Dalam Dan Luar Negara

Jumlah Bantuan MAIDAM

Bantuan yang diberikan adalah secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian seperti berikut:

BilTahap PengajianDalam NegaraLuar Negara
1SijilRM 600
2DiplomaRM 800RM 800
3Ijazah Sarjana MudaRM 1000RM 2000
4SarjanaRM 1200RM 2500
5PhDRM 1500

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar yang ingin memohon bantuan ini perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan seperti di bawah:

  1. Asnaf: Fisabillah dan miskin.
  2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  3. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  4. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian.
  5. Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil/Pra Diploma/Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
  6. Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.
  7. Permohonan perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.
  8. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  9. Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan.
  10. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat manamana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web Yayasan Pendidikan MAIDAM

Baca juga: Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Bagi Siswazah Kelas Pertama

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dokumen Yang Diperlukan

Anda perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti yang disenaraikan di infografik di bawah ketika membuat permohonan.

Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/
Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel ke [email protected] / [email protected] atau hubungi terus talian Pusat Urusan Zakat Daerah seperti di bawah:

  • Kuala Terengganu 09-630 30 30
  • Marang 09-618 33 17
  • Hulu Terengganu 09-681 78 09
  • Dungun 09-845 28 10
  • Kemaman 09-859 45 45
  • Setiu 09-609 03 07
  • Besut 09-697 53 23
  • Kerteh 09-826 64 63
  • Kuala Nerus 09-662 2910

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements