Advertisements

Perkhidmatan Bantuan Guaman Syarie Percuma MAIS

Advertisements

Tahukah anda Majlis Agama Islam Negeri Selangor menyediakan Bantuan Guaman Syarie Percuma kepada orang awam yang berkelayakan?

Bantuan Guaman Syarie ini adalah khidmat bantuan guaman bagi klien (orang awam) yang berkelayakan bagi kes mal di Mahkamah Syariah di Negeri Selangor.

Inisiatif ini bagi memberi peluang kepada orang awam yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman secara percuma.

Orang ramai yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan perkhidmatan ini kepada pihak MAIS.

Jenis Kes

Jenis kes yang dikendalikan bagi perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

  • Tuntutan pengesahan lafaz cerai
  • Permohonan pengesahan ruju’
  • Tuntutan penceraian
  • Tuntutan fasakh
  • Tuntutan pengesahan cerai taklik
  • Tuntutan khuluk/tebus talaq
  • Tuntutan sabitan nusyuz
  • Permohonan wali hakim/am
  • Tuntutan wali enggan/engkar
  • Permohonan faraq nikah
  • Pengesahan nikah
  • Permohonan pengesahtarafan anak
  • Permohonan/Tuntutan kebenaran poligami (bagi defendan sahaja)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bermastautin di Negeri Selangor.
  3. Jumlah pendapatan (gaji pokok dan elaun) mestilah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  4. Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan.
  5. Lulus temuduga penilaian wajar.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari laman web berikut https://www.mais.gov.my/bantuan-guaman-syarie-kategori-umum/.
  2. Muat turun borang permohonan di Lampiran B.
  3. Isi borang permohonan tersebut.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat:

    Bahagian Undang-Undang Syariah,
    Sektor Undang-Undang, Majlis Agama Islam Selangor,
    Tingkat  6, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah,
    40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dihantar kepada pihak MAIS adalah seperti berikut:

  1. 2 keping gambar berukuran passport terkini pemohon (bertudung bagi perempuan).
  2. Salinan Kad Pengenalan/Polis/Tentera dan perakuan memeluk agama Islam pemohon (jika ada).
  3. Salinan Akuan Pengesahan Pemastautinan pemohon (bagi pemohon yang mempunyai (i) alamat tempat tinggal berlainan dengan tempat pemfailan kes; atau (ii) Kad Pengenalan beralamat di luar Negeri Selangor).
  4. Salinan Surat Perakuan Nikah/ Ruju’/ Cerai (yang mana berkenaan).
  5. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan anak-anak pemohon (kecuali kes berkaitan nusyuz dan wali hakim).
  6. Slip gaji/pengesahan pendapatan terkini (3 bulan kebelakang).
  7. Akuan Berkanun (sekiranya Pemohon tidak bekerja/ bekerja sendiri/ menerima upah daripada pekerjaan yang dilakukan)
  8. Dokumen yang difailkan di mahkamah (contoh: Saman, Pernyataan Tuntutan, Pembelaan & Tuntutan Balas, Jawapan Kepada Pembelaan & Jawapan Kepada Tuntutan Balas, Permohonan, Afidavit, Perintah, Penghakiman dan sebarang pindaan terhadap dokumen yang tersebut di atas).
  9. Dokumen yang dapat menyokong tuntutan Pemohon (contoh: laporan polis, laporan perubatan, lain-lain keterangan berbentuk dokumentar/rakaman visual atau bunyi).
  10. Salinan fotostat dokumen-dokumen yang dikemukakan bersama hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kumpulan A/Penghulu/ Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Nazir atau Pegawai Tadbir Masjid/ Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Pengerusi Taman Perumahan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Guaman Syarie ini, sila layari laman web https://www.mais.gov.my/bantuan-guaman-syarie-kategori-umum/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements