Rakyat Negeri Terengganu dalam kategori B40 dan M40 akan menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri Terengganu sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi Bantuan i-Fitri.
Untuk makluman, Bantuan i-Fitri ini diwujudkan bagi membantu rakyat di Negeri Terengganu dalam kategori B40 dan M40 untuk melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.
Menurut Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu YB Hanafiah Mat, bantuan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM56.4 juta akan dibayar kepada 148,700 ketua isi rumah.
Oleh itu, pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh membuat permohonan mulai 19 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022 secara atas talian.
Kategori Penerima i-Fitri 2023
Kategori penerima untuk bantuan ini melibatkan 2 jenis kategori iaitu:
- Kategori A: Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500
- Kategori B: Pendapatan isi rumah antara RM2,501 – RM5,000
Jumlah Pembayaran
Jumlah pembayaran yang akan diterima pemohon adalah sebanyak RM 300 untuk satu isi rumah.
Syarat Kelayakan i-Fitri
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
SYARAT UTAMA BANTUAN
- Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN i-FITRI
- Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam
sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan. - Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah
pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun
tetap). - Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada
RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK. - Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK
memohon. - Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK. - Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
- PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengka
Cara Membuat Permohonan Bantuan i-Fitri
Permohonan untuk bantuan i-fitri ini boleh dilakukan dengan memohon melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/.
Selepas selesai memohon, sila cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselematan Kampung (JPKK).
Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak dan Kerajaan Negeri Terengganu berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad pengenalan/sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan.
- Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan Pemohon dan Pasangan yang telah disahkan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan i-Fitri boleh dirujuk melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/.