Advertisements

Cara Mohon Bantuan Ihsan Komputer 2.0 Negeri Sabah (BAIK)

PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER 2.0 (BAIK) KERAJAAN SABAH

Advertisements

Untuk makluman, kerajaan Negeri Sabah telah membuka permohonan baharu iaitu Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK 2.0) bagi pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera yang berasal dari Sabah dan memerlukan komputer bagi tujuan pembelajaran.

Pelaksanaan bantuan ini akan mensasarkan 1000 pelajar miskin tegar dengan jumlah peruntukan yang disediakan sebanyak RM1.5 juta.

Oleh itu, pelajar dari Negeri Sabah yang berminat dan memerlukan komputer bagi tujuan pembelajaran, boleh membuat permohonan bantuan ini.

Ikuti perkongsian info lanjut mengenaik Bantuan Ihsan Komputer 2.0 di dalam artikel ini.

Baca juga : iBAKIPT Fasa 2- Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Anak Kedah

Kriteria Permohonan

Berikut adalah kriteria permohonan yang ditetapkan untuk memohon bantuan ini:

  • Terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
  • Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
  • Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.

Cara Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian- DI SINI.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Tekan butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Berikut adalah beberapa dokumen sokongan yang di perlukan untuk di muat naik seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa dan pemohon.
  2. Salinan Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan ibu bapa.
  3. Salinan Tawaran dan Pengesahan Pelajar daripada IPTA/IPTS.

Info Lanjut

Sebarang info lanjut mengenai BAIK 2.0, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897.

Baca juga : Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements