Apakah Bantuan Beras Bangsa Johor?
Bantuan beras bangsa Johor merupakan salah satu inisiatif daripada Bantuan Kasih Johor yang di umumkan oleh Menteri Besar Johor pada 4 april yang lalu.
Menerusi inisiatif ini, setiap rumah di negeri Johor akan mendapat bantuan beras percuma sebanyak 10 KG.
Sebanyak 903 ribu isi rumah akan terima bantuan ini. Oleh itu inisiatif ini akan memberikan manfaat kepada 3.67 juta penduduk di negeri Johor.
Baca juga : Cara Semakan Permohonan Bantuan Kasih Johor
Pelancaran Program Bantuan Beras Johor
Kerajaan Negeri Johor akan melancarkan program Bantuan Beras Bangsa Johor dan akan disempurnakan oleh YAB Datuk On Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Seramai 912,483 ketua isi rumah di negeri Johor akan
menerima sumbangan 10kg beras dan ini akan memberikan manfaat kepada 3.67juta Bangsa Johor.
Majlis Pelancaran Program
- Tarikh : 27 April 2022 (Rabu)
- Tempat : Dataran Mahkota, Kota Iskandar

Syarat Kelayakan Dan Permohonan
Buat masa ini, Kerajaan Johor belum lagi memperincikan proses bantuan ini samaada perlu melalui satu proses permohonan atau diberikan terus berdasarkan data maklumat kerajaan negeri.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Oleh itu, cara permohonan dan syarat kelayakan dijangka akan dimaklumkan oleh Menteri Besar secara rasmi dalam pelancaran program Bantuan Beras Bangsa Johor pada 27 April 2022.
Senarai Bantuan Kasih Bangsa Johor
Berikut adalah senarai penuh Bantuan Kasih Bangsa Johor.
Terdapat 8 jenis bantuan kasih di bawah kategori KEMASYARAKATAN iaitu :
- Bantuan Beras Bangsa Johor
- Bantuan RM300 Kepada Pekerja Gig (Pemandu Teksi, E-Hailing, & Penghantar Makanan)
- Bantuan RM300 Kepada Pemandu Bas Awam dan Bas Ekspress
- Bantuan RM300 Kepada Nelayan Yang Berdaftar dengan Dabatan Perikanan
- Bantuan RM500 Kepada Imarah Masjid dan Surau
- Bantuan RM500 Kepada Ketuan Kampung
- Bantuan Geran kepada Persatuan Vateran ATM Negeri Johor
- Bantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Polis Neger Johor
Bagi kategori KEBAJIKAN, terdapat 6 jenis bantuan iaitu :
- Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Fakir Miskin
- Bantuan Geran Kepada Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak Yatim
- Anak Johor Prihatin
- Program i-Berkat
- Insentif Mesa Program Perumahan Rakyat PPR
- Insentif Mesa Rumah Sewa Kerajaan (KSK)
ORANG MUDA JOHOR turut mendapat bantuan di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor seperti :
- Bantuan RM1,000 kepada pasangan Raja Sehari
- Bantuan Geran Southern Volunteers
- Bantuan Geran Majlis Belia Johor
- Bantuan Geran Dewan Muda Johor
3 jenis bantuan di bawah kategori PENDIDIKAN adalah seperti berikut :
- Bantuan Khas Persekolahan Sebanyak RM150 kepada pelajar sekolah rendah
- Bantuan Mahasiswa IPTA/IPTS
- Biasiswa Bangsa Johor
Bagi kategori EKONOMI pula terdapat 7 jenis bantuan kasih seperti :
- Insentif Sewa Mesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Insentif Lesen Mesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Bayaran RM2,000 kepada Operator Hotel Bajet
- Bantuan RM1,000 kepada Pemandu Pelancong
- Bantuan RM1,000 kepada Pengusaha Homestay
- Bantuan RM1,000 Kepada Pengusaha Bot Pelancongan
- Bantuan ReM2, 000 kepada Agensi Pelancongan
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang persoalan berhubung mengenai inisiatif ini, sila hubungi nombor telefon Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim ( 03-2666526 ) atau Pejabat Daerah
Masing-masing.
Baca juga : 28 Initiatif Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022