Advertisements

Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi TAPEM 2022

Advertisements

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi bertujuan untuk membantu anak-anak Melaka yang mempunyai kecermelangan di dalam akademik untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.

Bantuan ini diurus tadbir oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka yang ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000.

Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai bantuan ini.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan akan diberikan mengikut peringkat pengajian dan secara ‘one-off’ seperti berikut:

  • DIPLOMA = RM 300.00
  • IJAZAH     = RM 400.00
  • SARJANA = RM 400.00
  • PHD          = RM 400.00

Baca juga: Permohonan Skim Agihan Awal IPT Lembaga Zakat Kedah

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  2. Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  3. Bermastautin di Negeri Melaka dan
  4. Pengundi di Negeri Melaka.
  5. Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  6. Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  7. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  8. Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform  telah berkhidmat  dan telah  bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan  dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang.
  9. Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.
  10. Permohonan Yang Tidak Lengkap Dan Tidak Mengikut Syarat, Permohonan Tidak Di Pertimbangkan.

Makluman Kepada Pemohon

  1. Sekiranya pembayaran tidak diterima melebihi tempoh dua bulan permohonan maka dianggap tidak berjaya.
  2. Sila lampirkan salinan dokumen berikut yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas)/Pengerusi JAPERUN/Penghulu/Sidang :
    • 1 Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon.
    • 1 Salinan Sijil Lahir pemohon.
    • 1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon.
    • 1 Salinan Sijil sekiranya Ibubapa  yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1 Salinan Sijil Nikah)
    • 1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai tarikh pendaftaran ke masukan IPT
    • 1 Salinan Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon.
      • Bank yang aktif sahaja
      • Akaun Bersama tidak dibenarkan.
      • Pastikan nama dan nombor akaun jelas.
    • 1 Salinan sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon.
    • 1 Salinan bidang pengajianyang mempunyai PENDAFTARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY  (MQA),
  3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Pengurus Besar, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka,No.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. (No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 7550/7554)

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di https://tapemonline.melaka.gov.my. Borang yang telah lengkap diisi secara atas talian perlu dicetak dan dihantar bersama dokumen sokong ke pejabat TAPEM.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Borang juga boleh didapati di pejabat TAPEM pada waktu pejabat. Sila bawa bersama surat tawaran IPT untuk rujukan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements