Advertisements

Bantuan Kemasukan Ke IPTA-IPTS Yayasan Sejahtera Kulai

Advertisements

Yayasan Sejahtera Kulai kini menawarkan Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA-IPTS) kepada pelajar yang bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.

Yayasan Sejahtera Kulai adalah sebuah yayasan yang dipengerusikan oleh YB Dato Mohd Jafni bin Md Shukor iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/IPTS) ini adalah terhad bagi 30 orang penerima Diploma dan 30 orang penerima Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai bantuan ini.

Kadar Bantuan Diberikan

Pelajar yang berjaya mendapat bantuan ini akan menikmati bantuan secara one-off seperti di bawah:

  • Program Diploma: RM300.00
  • Program Ijazah Sarjana Muda: RM800.00

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar yang ingin memohon Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA-IPTS) ini mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Merupakan warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.
  3. Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (dalam atau luar negara).
  4. Menyambung pengajian kali pertama ke Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
  5. Pelajar yang mengikuti program persediaan seperti Pra Ijazah adalah tidak layak untuk bantuan ini.
  6. Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa.
  7. Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan keutamaan.
  8. Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.
  9. Pemohon hendaklah melampirkan salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.
  10. Pemohon dikehendaki memberikan bukti pendapatan kesemua isi rumah. Sekiranya berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya bekerja makan gaji, sila sertakan slip gaji dari majikan.
  11. Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.
  12. Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Pengetua Sekolah atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.
  13. Sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak benar, pemohon adalah dikehendaki membayar balik jumlah geran yang telah diterima.
  14. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Cara Memohon

Pelajar yang berkelaykan boleh mengemukakan permohonan menerusi langkah-langkah di bawah:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Muat turun borang permohonan.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang yang lengkap serta semua dokumen ke alamat berikut:

    Yayasan Sejahtera Kulai,
    No 156 A, Jalan Susur Kulai 3,
    81000 Kulai,
    Johor Darul Takzim.

Baca juga: Permohonan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN)

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran Isi Rumah.
  • Salinan Slip Gaji/Bukti Pendapatan Isi Rumah.
  • Salinan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT.
  • Salinan Kad OKU (jika berkenaan).
  • Salinan Rekod Kesihatan / Temujanji Hospital (jika berkenaan).

Tarikh Tutup Permohonan

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 14 September 2022 iaitu pada hari Rabu jam 3.00 petang.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Kemasukan Ke IPTA-IPTS, sila hubungi Pejabat Yayasan Sejahtera Kulai di talian 07-6605348.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.