Advertisements

Bantuan Kewangan Asasi Sehingga RM3,920 Setahun

Advertisements

Program Bantuan Kewangan Asasi di Universiti Awam merupakan program penajaan bertaraf matrikulasi yang diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bantuan ini mensasarkan pelajar daripada golongan sasaran B40 dan M40 yang sedang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.

Kadar Bantuan Kewangan Asasi

Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:

  1. Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun
  2. Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun
  3. Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Terma Dan Syarat

Tiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu membayar balik jumlah bantuan kewangan yang telah diterima sekiranya gagal mengikuti program pengajian dengan jayanya.

Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi ialah:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  2. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  3. Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
  4. Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Senarai Universiti Awam Terpilih

  1. International Islamic University Malaysia (IIUM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. University of Malaya (UM)
  4. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  5. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  6. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  7. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  8. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  9. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  10. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  11. Sultan Zainal Abidin University (UniSZA)
  12. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  13. Universiti Utara Malaysia (UUM)

Baca juga: Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2022

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Menerima Tawaran

Langkah 1: Layari laman sesawang Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar permohonan melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam (UA) masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Semakan Kelayakan Dan Tawaran

Tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Universiti Awam kepada Kementerian Pengajian Tinggi setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi masing-masing;

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :

  1. Surat tawaran;
  2. Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  3. Borang penyata kewangan penjamin;
  4. Panduan mengisi borang perjanjian;
  5. Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan

Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi nombor dan emel di bawah:

  • Hotline: +603-8888 1616 (Hotline) / +603-8870 6368 (Hours of Operation: 8.30 am-4.30 pm, Monday-Friday)
  • Email: [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements