Advertisements

Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri Melaka 2022 (One-Off)

Advertisements

Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka mengumumkan satu inisiatif Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri Melaka 2022 dalam usaha membantu meringankan beban mereka.

Syarat Kelayakan Permohonan

Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) bagi kategori:

  • Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan; atau
  • Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan); atau
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah.

Syarat- syarat kelayakan

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap
    (tinggal) di Melaka; dan
  2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam
    tafsiran definisi Ibu Tunggal; dan
  3. Mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah Pendapatan
    Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1,289.00 atau RM337.00 per-kapita; dan
  4. Mempunyai tanggungan berusia 17 tahun dan ke bawah serta
    masih bersekolah.

Baca juga: Perkhidmatan Bantuan Guaman Syarie Percuma MAIS

Cara Memohon

Bagi ibu tunggal yang memerlukan bantuan ini boleh mendapatkan borang permohonan di:

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Isnin – Khamis
    • 8.00 Pagi – 1.00 Petang
    • 2.00 Petang – 5.00 Petang
  • Jumaat
    • 8.00 pagi – 12.15 tgh hari
    • 2.45 petang – 5.00 petang

Atau:

Anda boleh dapatkan borang permohonan di Kompleks-Kompleks JAPERUN berdekatan dengan anda.

Tarikh Permohonan

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan bermula 5 Ogos hingga 31 Ogos 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka di talian 06-231 0334 atau layari jpw.gov.my.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements