Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sempena Hari Raya Aidilfitiri 2022 kepada penjawat awam.
Beliau memaklumkan bantuan khas ini melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.
Pengumuman Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tarikh Pemberian Bantuan Khas
Tarikh pemberian bantuan khas ini dibuat bersama pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.
Jumlah Bantuan Khas
Jumlah bantuan khas yang akan diberikan adalah seperti berikut:
- Penjawat Awam: RM500.00
- Pesara Awam: RM250.00
Kategori Penjawat Awam
Kategori penjawat awam yang bakal menerima bantuan khas ini adalah seperti berikut:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
- Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.
- Kakitangan di bawah Skim Contract of Service.
- Kakitangan di bawah Skim Contract for Service.
- Pegawai Sambilan Harian.
- Lantikan di bawah MySTEP.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini boleh diperolehi melalui Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob https://www.facebook.com/ismailsabri60