Advertisements

Bantuan Khas Penjawat Awam RM600 Dibayar 25 Januari 2021

Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November 2020 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan khas penjawat awam sebanyak RM600.

Penjawat awam yang akan menerima bantuan ini ialah pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah.

Selain itu, bantuan khas ini turut melibatkan pesara Kerajaan yang menerima pencen dan vateran yang tidak berpencen.

Untuk pesara kerajaan, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas sebanyak RM300 kepada mereka yang layak.

Bantuan Khas Penjawat Awam dan juga pesara kerajaan ini akan dibayar bermula pada 25 Januari 2021.

Walau bagaimanapun, penjawat awam perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman.

Siapa Yang Layak Menerima Bantuan Khas Penjawat Awam

Penjawat awam dalam kategori berikut layak menerima Bantuan Khas Penjawat Awam sebanyak RM600 iaitu:

  1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.
  2. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana tersebut merupakan:
    i) Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).
    ii) Pegawai yang bercuti gaji penuh.
    iii) Pegawai yang bercuti separuh gaji.
    iv) Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  3. Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dan tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
  4. Guru Interim
  5. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak menerima pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
  6. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim, dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  7. Pesara kerajaan yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.

Penjawat Awam Yang Tidak Layak Menerima Bantuan Khas

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kategori penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan khas ini iaitu:

  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjamkan atau ditukarkan dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Khas.
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  3. Pegawai yang meletakkan jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  4. Pegawai yang berpencen dan melepaskan pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.

Penjawat Awam Yang Ditangguhkan Menerima Bantuan Khas

Terdapat juga penjawat awam yang ditangguhkan penerimaan bantuan khas ini iaitu:

  1. Pegawai yang ditahan kerja.
  2. Digantung kerja.
  3. Surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

Penjawat awam terbabit akan menerima bantuan khas tersebut sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati mereka tidak bersalah.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu https://www.jpa.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.