Advertisements

Bantuan Khas RM500 Kepada Setiap Keluarga Mangsa Banjir Di Pahang

Advertisements

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah mengumumkan bahawa setiap ketua keluarga di Pahang yang terjejas akibat bencana banjir akan mendapat Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 oleh kerajaan negeri Pahang.

Beliau berkata bahawa bantuan khas itu diberi adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri Pahang terhadap mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana banjir tersebut.

Baca juga: Kerajaan Lancarkan Tabung Bantuan Keluarga Malaysia

Menurut beliau lagi, bantuan ini termasuklah kesemua kategori penerima sama ada mangsa itu yang sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), mangsa yang tidak berpindak di PPS sebaliknya menumpang di rumah saudara mara, mangsa yang tinggal di rumah sewa dan juga mangsa yang tidak berpindah ke mana-mana.

Menteri Besar Pahang juga berkata, sumbangan RM500 ini adalah berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangan kerajaan negeri demi meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.

Bencana banjir ini telah berlaku pada Jumaat yang lepas. Antara daerah yang turut terjejas adalah Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Lipis, Raub, Jerantut, Bera dan Pekan.

Sumber: Berita Harian

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: Moratorium Selama 6 Ke 12 Bulan Untuk Mangsa Banjir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.