Advertisements

Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022

Advertisements

Penggunaan komputer riba menjadi keperluan utama kepada mahasiswa dan mahasiswi di menara gading. Tambahan pula, dalam tempoh PKP yang dilaksanakan sejak Mac 2020 yang lalu pembelajaran secara atas talian dilihat sebagai satu kemestian untuk setiap pelajar mempunyai komputer riba.

Sehubungan dengan itu, Yayasan Negeri Sembilan membuka lagi permohonan Bantuan Komputer Riba bagi tahun 2022.

Bantuan ini menyasarkan siswa/i daripada golongan B40 dan juga asnaf bagi memudahkan sesi pembelajaran mereka.

Dengan bantuan komputer riba ini, ianya bakal meringankan beban para siswa dan siswi dalam mengikuti kelas secara atas talian tanpa mengira tempat.

Syarat Kelayakan

Pelajar-pelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah:

  1. Anak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi  telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun  ( sila kemukakan sijil  berhenti sekolah rendah dan menengah)
  2. Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan)
  3. Pelajar IPTA / POLITEKNIK  yang masih belajar di peringkat pengajian , DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).
  4. Pelajar tahun pertama  (1) sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar)
  5. Sekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya satu pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.

Baca juga: Program Protege MAIWP Tawar Kerjaya Untuk Graduan Asnaf

Dokumen Sokongan

Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu di muat naik semasa membuat permohonan:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Sijil kad pengenalan.
  2. Surat tawaran belajar.
  3. Surat pengesahan belajar.
  4. Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.
  5. Penyata gaji bapa.
  6. Surat pengesahan pendapatan bagapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
  7. Penyata gaji ibu.
  8. Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
  9. Salinan kad pengenalan bapa.
  10. Salinan kad pengenalan ibu.

Cara Memohon Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan permohonan ini.

Sila pastikan anda mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Isi borang dengan lengkap dan tepat
  2. Pastikan dokumen sokongan yang dimuat naik telah mendapat pengesahan
  3. Maklumat pemohon yang didapati tidak lengkap serta dokumen yang tidak mempunyai pengesahan akan ditolak
  4. Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang tersenarai di atas juga akan ditolak

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022, sila layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms atau hubungi talian 06-762 8046.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.