Advertisements

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) Fasa 2 Bulan Disember 2021

Advertisements

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) Fasa 2 merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas akibat musim tengkujuh.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, kerajaan telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2021 (BMT RISDA 2021) sebanyak RM600 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM191 juta kepada para pekebun kecil di seluruh negara.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kadar bantuan sebanyak RM600 seorang akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah dalam 2 peringkat iaitu RM300 pada bulan November 2021 dan RM300 pada bulan Disember 2021.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2021.

Kadar Bantuan

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM600 setiap seorang disalurkan melalui 2 peringkat:

  • RM300 pada bulan November 2021
  • RM300 pada bulan Disember 2021

Syarat Kelayakan

  1. SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

2. SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.

Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2021

Secara Online

Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman web BMT RISDA.

Secara Temujanji

Pemohon perlu mengemukan dokumen di bawah ini sebelum membuat permohonan. Permohonan yang lengkap sahaja yang akan diterima.

BAGI PEKEBUN KECIL PEMILIK

  • Kad pengenalan pemohon dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank

BAGI PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Salinan kad pengenalan penoreh DAN pemilik
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan kad PAT-G
  • Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank

Dokumen yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.

Baca juga: Permohonan Rumah PPR Secara Online

Kaedah Pembayaran

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

Semak Kelulusan BMT RISDA 2021

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut:
https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Hotline BMT 2021 di talian 03-4251 0171 atau terus laman web http://pekebunkecilmakmur.com.my.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.